Monday, December 20, 2010

ITC bersama pelajar Mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Alhamdulillah, ITC baru sahaja bersama mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri di Sweet Beach Resort. Tajuk 'Jatidiri Mahasiswa Muslim' telah menjadi wasilah penghubung di antara kami dengan mereka.

Inilah keramaiannya. Seramai 143 orang yang hadir ke program ini

Salah seorang motivator ITC memulakan motivasinya dengan skillnya yang tersendiri

Trend kampus sekarang- Muslimat lebih ramai dari muslimin

MODUL: "Kuasai minda anda"

Motivator ITC menyampaikan slot Muhasabah kepada Mahasiswa Islam, konsep yang ingin diterapkan adalah mengenai jati diri sebagai seorang Mahasiswa Islam yang berhadapan dengan cabaran dan dugaan sebagai Mahasiswa

Salah satu slide yang menjadi maudhuk perbincangan

"Teruskan perjuangan MAHASISWA/I! Kalianlah bakal duta penyelamat dan kasih sayang kepada masyarakat di luar sana"

Saturday, December 11, 2010

Kem Remaja Excellent di Demong Beach Resort, Terengganu

Itqan Partners Training dan Consultancy (ITC) mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah selesai mengendalikan program Kem Remaja Excellent anjuran Kolej Komuniti Pasir Mas, Kelantan. Program selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Demong Beach Resort, Besut Terengganu dan disertai oleh seramai 37 orang perserta iaitu 13 lelaki dan selebihnya ialah peserta perempuan. Semuanya ialah pelajar dari Kolej Komuniti Pasir Mas sendiri.


ITC telah menggunakan konsep PLB dalam program ini iaitu Progressive, Leadership dan Brilliant. Konsep ini secara umumnya ialah untuk menghasilkan seorang individu yang mempunyai sikap dan pemikiran yang dinamik selain tidak meninggalkan rasa bertuhan di dalam diri. Kami sangat meyakini bahawa konsep ini pasti akan mmberi manfaat yang tidak sedikit kepada para peserta. Alhamdulillah respon dari para peserta sangat menggembirakan kami. Berikut antara penilaian yang kami perolehi dari para peserta-


i)Komen keseluruhan program:

~Alhamdulillah, keseluruhan program ini berjalan dengan sangat baik dan saya sangat berpuashati (Nur Hakima Muhamruesa)

~Senang hati, gembira selalu dapat bekerjasama sesama kita dan dalam kumpulan (Nur Emelin)

~Sangat baik. Masa yang diaturkan tepat dengan kesesuaian tempat (Siti Nur Ezzati binti Ahmad Faizul)

~Ia memuaskan dan saya amat gembira dengan program yang dijalankan (Al-Amin)

~Memuaskan hati, dapat pengalaman baru dan mendapat keinsafan (Zamri bin Ahmad)


ii)Komen terhadap fasilitator:

~Semua fasilitator baik. Sporting dan memberi motivasi yang membina (Nur Fatihah binti Muhammad)

~Memberikan tunjuk yang berguna kepada kami. Sangat baik. Boleh dijadikan teladan pada remaja zaman kini (Nik Anis Atiqah binti Nik Baharudin)

~Fasilitator sangat baik dan pandai mengambil hati pelajar (Nik Muhamad Naufal b. Nik Ruslan)

~Ketiga-tiga fasilitator adalah amat memuaskan. Agar mendapat pakar motivasi dunia dan menjadi pakar motivasi tersohor pada akan datang (Mohd Syawal b. Mohd Nawi)

~Cara penyampaian sangat memuaskan dan meninggalkan kesan kepada para peserta (Ahmad Shahril b. Mat Hassan)


iii)Cadangan ke arah penambahbaikan:

~Lebihkan kepada minda dan info (Maslinda Mohd Yusoff)

~Harap banyakkan lagi program mencabar dan permainan dengan kumpulan (Siti Nor Najwa bt Maruan)

~Tingkatkan lagi prestasi. Banyakkan program yang lebih menarik. (Ika Atiqah)

~Perlu adakan lagi Kem Remaja Excellent untuk menyedarkan remaja hari ini (Muhammad Afiq Mukhtaruddin b. Mohd Ariffin)

~Mengadakan program sebegini selama 5 hari (Nik Muhammad Azmi b. Nik Arif)


Kami ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada:

~Kolej Komuniti Pasir Mas kerana telah menjemput kami

~Kak Liza dan Puan Natasya (pensyarah Kolej Komuniti Pasir Mas) di atas segala pertolongan yang diberikan kepada kami

~Semua adik-adik dan sahabat-sahabat peserta kerana komitmen anda semua cukup membanggakan kami :)


Semoga Allah memberkati usaha yang tidak seberapa ini. Jumpa lagi ya! :)

Saturday, November 13, 2010

TAHNIAH....atas kejayaan U.P.S.R



kami dari ITC
MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR
YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM U.P.S.R YANG DI
UMUMKAN BARU-BARU INI.


Semoga kejayaan adik-adik menjadi motivasi untuk terus maju dan cemerlang untuk peperiksaan akan datang. Kejayaan ini membuktikan bahawa adik-adik berusaha bersungguh-sungguh dalam menggapai kejayaan. Berikanlah kejayaan adik-adik ini kepada Ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan sekolah. Ibubapa dan Guru-guru semestinya berasa gembira atas kecemerlangan ini dan berharap pelajar-pelajar semua teruskan kecemerlangan untuk masa hadapan. Sebagai seorang pelajar yang berjaya, kita jangan lupa anugerah yang diberikan oleh Allah kepada kita dan janganlah dengan kejayaan ini menjadikan kita tidak perlu perlu berusaha lagi selepas ini. Ingatlah masa hadapan masih panjang yang memerlukan kesabaran , dan cabaran besar yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar sekalian. Kepada adik-adik yang kurang berjaya, I.Allah pada waktu dan saat ini, marilah adik-adik semua, kita niat dan berazam bahawa kita juga ingin berjaya pada suatu hari nanti.

Salam Motivasi dari Kami Itqan Partners Training dan Consultancy (ITC)

Monday, November 8, 2010

Bengkel "SMART" Skill Bicara Berkesan-ITC


Pasir Mas- 29 oktober 2010 , satu Bengkel telah diadakan di K.K.T.M Pasir Mas iaitu "BENGKEL SMART SKILL BICARA BERKESAN yang julung kali diadakan dan ITC sebagai penganjur dan juga Motivator bagi Bengkel ini, Tujuan Bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan cara mengfokoskan kepada pengucapan awam dan bagaimana hendak menjadi seorang pelajar yang boleh berkomunikasi secara berkesan dan baik. Dalam bengkel ini, motivator ITC memberi beberapa tip atau cara bagaimana untuk berkomunikasi dan lebih-lebih lagi sebagai pelajar yang mewakili persatuan yang seharusnya berkomunisaki dengan cara yang baik dan berkesan.

Bengkel bermula pada jam 9 pg dan berakhir pada 12 T.Hari yang menghimpunkan pelajar seramai 40 orang yang menuntut di Kolej Kemahiran Tinggi itu. Dalam bengkel ini, pelajar diberi tugas untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan mereka melalui bahan-bahan yang disediakan oleh ITC kepada pelajar.

Sebagai seorang pelajar dan juga perwakilan/ pemimpin seharusnya kita melatih diri kita dapat membiasakan diri kita lebih-lebih lagi dihadapan khalayak ramai. persediaan fizikal dan mental juga penting untuk pelajar agar lebih kuat dan semangat untuk menyampaikan kepada orang ramai dan bersedia terhadap ejekan daripada pelbagai pihak..

Kami daripada ITC mengucapkan terima kasih kepada pelajar atas kerjasama yang diberikan semasa bengkel berlangsung dan tidak lupa juga kepada Kaunselor K.K.T.M kerana menjemput kami untuk berkongsi idea kepada pelajar disana. Apa yang baik dari Allah, yang lemah dan kurang mohon diampunkan.

Sunday, October 17, 2010

Kem "Motivasi dan SMART Solat" anjuran ITC.


ITC Akan mengadakan Kem Motivasi & SMART solat kepada pelajar rendah dan menegah, maklumat program seperti mana berikut:-

Pengenalan:

Solat adalah salah satu daripada rukun Islam yang ke-2. Ia merupakan perkara yang penting sebagai kewajipan atau tanggungjawab kepada orang Islam. Anak-anak mestilah diajar dan dididik agar mereka dapat mengetahui betapa pentingnya solat dalam kehidupan ini. Masalah keruntuhan akhlak berlaku pada masa kini adalah kerana mereka mengabaikan solat dan tidak mengetahui kepentingan disebalik menunaikan solat. Justeru kami menawarkan atau mengadakan “MONSON CAMP - KEM MOTIVASI & SMART SOLAT” mudah-mudahan program ini mengajar pelajar tentang kepentingan solat, bacaan dalam solat, praktikal dan sebaginya selain itu kami berusaha menyedari pelajar tentang hubungan dengan ibubapa, guru dan rakan-rakan. Apa yang kami harapkan program ini dapat melahirkan generasi yang soleh dan mampu menjadi manusia yang lebih cemerlang terutama daripada sudut ibadah, menghormati orang tua, bersopan dalam berkata-kata, berakhlak mulia, tahu menjaga penampilan diri dan bijak membuat keputusan.

Objektif Program

1) Memberi pendedahan tentang kepentingan solat kepada remaja sekarang


2) Memberi kefahaman dan paraktikal tentang cara-cara solat secara sempurna melalui Motivasi,LDK modul dan sebagainya.


3) Memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam solat dan beberapa aktiviti kecergasan serta kepimpinan kepada pelajar.


4) Mendedahkan tentang dosa bagi mereka yang meninggalkan solat.


5) Memnberi Pengisian tentang semangat belajar atau motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah.


Keadah Pelaksanaan



1) Program ini adalah berkonsepkan perkidmatan latihan dan motivasi secara bergerak di sekolah dengan meletakkan segala kos peserta, penginapan peserta, makan dan minum peserta dan alatan sampingan peserta ADALAH DI BAWAH TANGGUNGGAN PIHAK SEKOLAH.


2) Pihak kami hanya menyediakan perkhidmatan latihan motivasi mengikut pengisian dari pakej yang kami sediakan. Aturcara / tentatif program boleh di ubah mengikut KEPERLUAN pihak sekolah.


3) PAKEJ 1 yang di sediakan ini tidak menghadkan bilangan pelajar manakala PEKEJ 2 dan PAKEJ 3 di hadkan bilangan pelajar maksimum 100 orang pelajar SAHAJA.



Pengisian PAKEJ 1

( 1 HARI )

Pengisian PAKEJ 2

( 2 HARI )

Pengisian PAKEJ 3

( 3 HARI )

Motivasi 1

- Solat: Antara Sains dan Sahsiah

LDK 1

Praktikal SMART Wudu’ dan Solat.

Recall – Sentuhan Pelajar

ΓΌ GAME 1

Motivasi 1

- Solat: Antara Sains dan Sahsiah

LDK 1

Praktikal SMART Wudu’ dan Solat.

Recall – Sentuhan Pelajar

Motivasi 2

- Remaja Globalisasi Kini

GAME 1

Explorace

Tazkirah

Motivasi 1

- Solat: Antara Sains dan Sahsiah

LDK 1 & 2

Praktikal SMART Wudu’ dan Solat.

Recall – Sentuhan Pelajar

Motivasi 2

- Remaja Globalisasi Kini

GAME 1 & 2

Explorace

Praktikal SMART Bacaan dalam Solat

Tazkirah

  • Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari seperti mana yang tertera.

Boleh Layari :

http://itqanmy.blogspot.com

www.muizmukhtar.com

no Pejabat: 09-7012118/ 013-9664306


sekian,


Terima Kasih atas perhatian semua

Monday, August 23, 2010

"MOTIVASI SAAT AKHIR"- Anjuran Itqan Event Management


Bachok-Melawi: Satu program motivasi telah diadakan dengan penuh kecerian dan penuh keseronokan kerana kami dijemput pada bulan yang mulia ini untuk menghadiri satu program motivasi iaitu program "Belajar saat akhir" yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok Kelantan. program ini terdiri daripada adik-adik yang bakal menduduki Ujian Penilian Sekolah Rendah (U.P.S.R) tidak lama lagi. Program ini adalah di bawah guru Kaunseling iaitu Cikgu Pn. Ida Rosmawati yang baru sahaja bertugas disekolah tersebut.

Pada motivasi ini, adik-adik bersama dengan Motivator yang tidak asing lagi di kelantan iaitu En. Muizzudin Mukhtar dan juga pembantunya Mohd Khairul Anwar Nawi sebagai jemputan dalam motivasi ini. Program ini didedahkan kepada adik-adik tentang pentingnya mereka mengadakan hubungan dengan Allah supaya kejayaan bukan di dunia sahaja tetapi kejayaan di akhirat juga sangat dititikberatkan. Selain itu, tip untuk menjadi pelajar terbaik juga turut disampikan di samping melakukan permainan yang boleh memberikan adik-adik semangat dan juga seronok ketika belajar.

Program hampir dua jam, kami cukup seronok dan berterima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput kami untuk memberi sedikit sebanyak tentang tip atau panduan untuk mencapai kejayaan dalam UPSR nanti.

Kami berdoa kepada adik-adik yang bakal menduduki UPSR supaya terus berusaha dalam pelajaran disamping mengadakan hubungan yang baik dengan Allah dan Manusia. Jangan lupa yang penting adalah adik-adik mesti taat kepada ibu dan ayah, guru dan rakan-rakan sebaya. ingat kejayaan kita bukan di dunia sahaja tetapi kita mahu kejayaan akhirat juga.

Di akhir program , kami meminta adik-adik supaya memberi komen atau cadangan kepada kami supaya ia dapat menjadi manfaat untuk kami agar terus maju dalam memberi pengisian tentang peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah.

Disini, kami nukilkan beberapa ucapan atau kata-kata adik-adik bakal UPSR.


"Saya sangat suka dengan kehadiran penceramah pada kali ini kerana ia memberi semangat pada saya untuk menempuh UPSR dan saya harap penceramah mendoakan saya untuk berjaya mendapat 5A"
- Muhd Rahmat B.Roslan (6 Anggun).

"Saya sangat suka dengan beliau, kerana telah banyak memberi motivasi pada saya hari ini".
- Nazlin B. Ali (6 Ceria)

"Motivasi ini sangat baik dan bagus untuk saya dan semua"
- Noratikah Sahmira Bt Nordin (6Anggun)

"Terima kasih kepada abg Muiz kerana sudi memberi Motivasi kepada kami semua. Saya sangat suka dengan motivasi ini kerana ia membuatkan saya berasa lebih berseangat lagi untuk berjaya dalam hidup."
- Nor Fatin Zalikha Bt Mamat (6 Anggun)

"Saya sangat suka dengan motivasi hari ini. Saya berasa sangat gembira kerana ianya seronok, dan boleh memberikan saya peringatan."
- Mohd Zulfaqih B. Abu Bakar (6 Bestari)

"Terima kasih kepada abg Muiz kerana telah menberi sokongan kepada saya untuk terus belajar dan memberi tip-tips kejaaan. SAYA AKAN DAPAT 5A DALAM UPSR."
- Nur Syasya Yasmin Bt Abdul Aziz (6Anggun)

"Sangat menarik dan menyayat hati, menambah keyakinan untuk terus berjaya dan capai kejayaan hingga ke ahkir hayat."
- Nurul Ishma Asyikin Bt Amdi Suapri (6Anggun)

"Terima kasih kepada abg Muiz kerana telah menberi nasihat kepada kami."
- Erma Fazira Bt Ramli (6 Bestari)

"Saya suka sangat dengan abg Muiz kerana telah banyak beri motivasi yang sangat banyak".
- Mohd Zulhakim B. Mohd Zain (6 Ceria)

"Saya sangat suka dengan penceramah kerana penceramah banyak pengalaman."
- Syarifuddin B. Helmi (6 Ceria)

" Saya sangat suka dengan kehadiran penceramah pada pagi ini. Memberi semangat kepada saya dan saya sangat suka dengan pengajaran yang diberikan."
- Mohd amirul Hisyam b Mat Yusoff (6 Bestari)

" Saya sangat suka dengan cara penyampaian penceramah yang menghiburkan. Ia memberi kesan pada murid-murid tentang kaedah menempuhi UPSR."
- Mohd Erman B. Mohd Asri (6 Anggun)

Friday, August 13, 2010

promosi Ramdhan buat adik-adik Rendah& Menengah



Dikesempatan ini, kami mengucapkan selamat menyambut bulan Ramdhan al-Mubarak kepada semua pengunjung yang terus memberi sokongan dalam menjalankan motivasi yang terbaik untuk anda semua. Gunakan kesempatan pada bulan ini memperbanyakan amalan soleh yang akan menjadi kebangaan kepada ibu bapa, dan guru-guru kita. Banyakan pada bulan ini dengan melakukan berbagai amalan yang berfaedah supaya kita semua mendapat pahala dari Allah yang Maha Esa.

pada Bulan ini, kami menawarkan perkhidmatan kepada semua pengunjung dengan memberikan modul yang bertajuk " Ramdhan istimewa pelajar'. i.allah kami akan memberikan yang terbaik untuk anda semua. Semoga usaha yang kita lakukan pada bulan ini, agar menjadi bekalan kita di akhirat kelak dan disana kita akan menadapat hasil iaitu pahala..i.allah..

Sunday, July 4, 2010

PROMOSI HEBAT!! jangan lepaskan..

kami menyediakan yang terbaik untuk anda semua..

Monday, June 21, 2010

MOTIVASI PEPERIKSAAN-SEMINAR PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN


Kota Bharu- Rabu, 16 Jun telah berlangsung seminar pecutan akhir peperiksaan yang diadakan di Hotel Raudhah, Kota Bharu Kelantan sempena cuti sekolah jun 21010. Seminar ini adalah anjuran Amalan Belajar Sdn.Bhd dengan kerjasama Itqan Event Management. Sasaran bagi seminar ini terbuka kepada sekolah rendah dan menegah yang berminat untuk menyertai. Dalam seminar ini pelajar akan bersama-sama dengan pakar motivasi iaitu Dr. Syukri dan juga Azir Ismail yang membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi.



Melihat kepada situasi sekarang, ramai daripada pelajar gemar belajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Mereka lazimnya berusaha berhabis-habisan di bulan-bulan terakhir menjelang peperiksaan. Seminar pecutan akhir peperiksaan boleh membantu pelajar dalam membuat persiapan akhir yang lebih intensif, bijaksana dan berkesan.



Antara fokos utama seminar ini adalah untuk mendorong serta membantu pelajar agar mereka bijak menggunakan sepenuhnya baki masa yang ada menjelang peperiksaan. Selain itu memaksimunkan ulangkaji/ latihtubi beberpa bulan sebelum peperiksaaan. Apa yang menarik dalam seminar ini, Dr Syukri membekalkan tip-tip penting menjawab soalan peperiksaan agar membantu pelajar mendapat markah yang semaksimun mungkin.

Sebagai pelajar harus bijak menangani tekanan peperiksaan dengan lebih bijaksana. Tukarkan stres negatif kepada stres positif agar pelajar dapat mengimbangi serta dapat menjawab peperiksaan dengan hati yang ceria dan penuh keyakinan. Pelajar juga disarankan agar memupuk sikap positif, daya juang dan disiplin yang tinggi menjelang peperiksaan nanti. Jadi, sebagai pelajar mereka juga harus mempunyai hubungan yang baik dengan Allah dan manusia agar menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta dipandang mulia oleh masyarakat luar sana.

Yang di belakang belum kalah, jadi jangan berputus asa yang di hadapan belum menang, jadi jangan leka....selagi peperiksaan belum bermula.....berakhir!! -Dr. Syukri Abdullah


ayuh adik-adik semua.....selagi kita ada wawasan, kita PASTI berjaya..


Sunday, June 20, 2010

Seminar Bijak Belajar bersama Dr. Syukri

Kota Bharu-Seminar Bijak Belajar sekali lagi telah diadakan di Perdana Resort, PCB bagi melonjakkan prestasi Akademik pelajar-pelajar rendah dan menengah dengan memberi motivasi dan juga teknik belajar yang efektif, matlamat peperiksaan yang khusus dan mencabar, pengurusan masa yang berkesan serta tindakan susulan yang konkrit ,tidak memberi impak dan kesan yang diharapkan. Seminar ini telah dianjurkan oleh Amalan Belajar Sdn. Bhd dengan kerjasama Itqan Event Management, Kota Bharu.

Dalam Seminar Bijak Belajar yang dianjurkan, motivasi yang diterap diperkukuhkan dengan dengan amalan pelajar cemerlang yang konkrit. Ini membolehkan peserta mengaplikasikannya serta merta selepas seminar. Ramai dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang menyertai seminar ini dengan harapan mereka dapat mengambil input yang berguna apabila pulang nanti.

pengarah Urusan Acara Itqan, Muhd Muizzuddin Mukhtar berkata, kebanyakan pelajar yang cemerlang, pandai mengurus masa, di mana mereka bukan mengfokuskan kepada pembelajaran semata-mata, tetapi turut sama aktif didalam bidang kokurikulum dan sosial. Di sini kebanyakan pelajar yang cemerlang mereka dapat membahagikan masa dengan baik dan efaktif. Namun dalam seminar inilah mereka dapat belajar teknik-teknik pengurusan masa agar mereka berjaya dalam peperiksaan yang dihadapi tidak lama lagi.

Ibubapa juga diharapkan bersama-sama dalam memberi semangat serta mendoakan kejayaan anak mereka dalam peperiksaan dan menjadi muslim yang sejati serta beramal dengan apa yang pelajari supaya menjadi insan yang cemerlang dari sudut penghayatan.

Di sini letaknya kehebatan serta kelainan Seminar Bijak Belajar. Ia bukan sekadar motivasi. Apa yang kami harapkan seminar ini pulang dengan dengan wajah yang ceria dan gembira. Pelajar hendaklah menyedari kepentingan memburu kecemerlangan dengan melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan mempunyai azam yang kuat.


pelajar bersama pakar Motivasi, Dr. Syukri mengendalikan slot




peserta diminta membentangkan tugasan yang diberikan



Membimbing Anak Cemerlang bersama Dr. Syukri

Kota Bharu- 14 Nov 2009 yang lalu telah diadakan seminar sehari untuk Ibubapa iaitu Seminar Membimbing Anak Cemerlang yang berlangsung dengan jayanya di Perdana Resort, PCB dekat sini. Seminar ini adalah anjuran Amalan Belajar Sdn. Bhd dengan kerjasama Itqan Evant Management (KB). Seminar ini telah menarik ramai penyertaan daripada ibubapa yang berminat untuk menyertai seminar yang hebat ini dalam mendidik anak mereka agar cemerlang di dalam peperiksaan dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Antara objektif seminar ini adalah untuk membekalkan prinsip & teknik untuk membantu anak agar cemerlang dalam pelajaran, berwawasan, bijak mengurus masa, pandai memilih kawan, beradab serta berakhlak mulia. Seminar ini juga turut menampilkan ibubapa kepada Nik Nur Madihah, pelajar terbaik SPM yang merupakan pelajar terbaik negara, iaitu Pak nik Kamal dan Pn Maryam.
Agenda seminar pada sesi pertama bersama Dr Syukri dan isteri Pn Khatijah Zakaria. Sesi kedua pula perkongsian pengalaman bersama ibubapa kepada Nik Madihah yang memfokoskan kepada pembentangan dan perbincangan. Sesi ketiga yang bermula pada jam 2 petang iaitu strategi belajar, komunikasi efektif dan menangani pengaruh negatif di dalam dan luar rumah. Manakala sesi yang terakhir pula perkongsian pengalaman dan tindakan susulan selepas seminar dalam jarak yang panjang, jarak yang pendek dan serta merta selepas seminar.
Seminar Membimbing Anak Cemerlang telah melabuh tirainya pada jam 6 petang dan hasil temubual daripada ibubapa dalam seminar ini, mereka berkata supaya mengalakan lagi penyertaan daripada ibubapa dan berharap agar seminar dapat dijalankan lagi untuk masa hadapan.

Wajah baru iTQAN EVENT MANAGEMENT

assalamualaikum buat pengunjung semua..

kami dari Syarikat itqan Event Management yang menjadi perunding Latihan dan motivasi ANDA menjemput untuk bersama-sama dalam memberi info berkenaan dengan motivasi kepada ANDA semua. Kami akan mempromosikan perkhidmatan Utama iaitu :

1) perunding Latihan & Motivasi kepada ANDA semua. Kaedah yang kami gunakan dalam penyampaian adalah :
-Multimedia rich content dengan grafik, video dan muzik yang menarik dan menghiburkan ANDA semua.
-Penggunaan Buku Modul Kerja atau Kertas Modul Kerja (secara PERCUMA)

2) Penerbitan Bahan Ilmiah iaitu Quranic Group (QG) yang merupakan satu siri kefahaman untuk ANDA mendalami Asas-Asas Ajaran Islam. Qg yang diterbitkan ini sebanyak 11 siri disusun dan disesuaikan untuk semua golongan pembaca bertujuan untuk memberi gambaran dan pendedahan berkaitan dengan Asas-asas Ajaran Islam yang suci. penyusunan Quranic Group (QG) ini merangkumi perkara Asas Fardhu Ain, Ibadat, fikrah, sirah, tajwid, kefahaman Ayat-ayat al-Quran dan Hadith. Sekiranya ANDA berminat bolehlah menghubungi atau datang ke Syarikat kami.

3) Pengurusan Event iaitu melalui perkhidmatan yang merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan bagi memberi kemudahan kepada semua pelanggan. Antara pengurusan yang disediakan adalah:

-Pengendalian program bersama pakar Motivasi
-Pengendalian Konsert
-Majlis Keraian / Anugerah


oleh itu, kami berbesar hati sekiranya ANDA ingin menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan. kami ikhlas dalam membantu ANDA. i.Allah