Posts

Showing posts from March, 2020

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

KEPERLUAN PERSONAL PROTECTIONAL EQUIPMENT (PPE) KEPADA FRONTLINER KKM KITA

Image
Untuk makluman tuan/puan, kami dari Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) telah menghulurkan kerjasama kepada Unit Amal Bachok dan rakan-rakannya dalam proses menyiapkan face shield untuk diedarkan kepada petugas² & frontliner KKM. Face shield ini ialah salah satu peralatan yang wajib dipakai oleh frontliner KKM kita untuk menyempurnakan set PPE itu. Untuk fasa 1, lebih kurang 1000 unit telah disiapkan dan diagihkan.Setakat ini banyak fokus di Kelantan, namun begitu kita juga sudah poskan ke Hospital Klang dan Hospital Tanjung Keramat memandangkan turut ada permintaan di sana. Mengikut maklumat yang saya perolehi dari rakan-rakan frontliner KKM, sekurang-kurangnya 2-3 set PPE sehari diperlukan oleh mereka. Dan konsep PPE ini ialah pakai-buang. Lepas selesai tugas, mesti terus dibuang dan tak boleh dipakai lagi. Cabarannya ialah oleh kerana kes Covid-19 bertambah saban hari, dan frontliner KKM kita juga sudah ditambah, maka keperluan PPE ini tidak

[IKLAN] Kursus Solat & Motivasi Remaja (Khidmat Fasilitator Diperlukan)

Image
KHIDMAT FASILITATOR DIPERLUKAN Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) memerlukan khidmat fasilitatator untuk program sebagaimana berikut: Program - Kursus Solat & Motivasi Remaja Tarikh - 14 Mac 2020 Hari - Sabtu Masa - 8.30 pagi hingga 4.30 petang Tempat - Masjid Mukim Kedai Buloh, Kota Bharu Kelantan Peserta - Remaja berumur 10-15 tahun Syarat yang diperlukan: - Berkebolehan mengendalikan amali wudhu' dan solat kepada remaja - Pandai berkomunikasi dan menyantuni remaja - Berperwatakan baik dan berakhlak mulia In syaa Allah saguhati dan sijil disediakan. Kepada yang berminat, whatsapp segera kami di talian 0134058718. Mohon jasa baik semua untuk share info ini kepada yang memerlukan. Terima kasih banyak-banyak.