Wednesday, February 23, 2011

Recall Smart Solat ITC di Sinar Harian Kelantan


Alhamdulillah, krew ITC ingin mengucapkan terima kasih kepada wartawan Sinar Harian Kelantan bahagian Machang kerana telah sudi membuat liputan program kendalian kami iaitu Recall Smart Solat di SMK Abdul Samad, Pulai Chondong, Machang, Kelantan. Semoga rakyat negeri Kelantan akan saling berganding bahu untuk sama-sama membangunkan seluruh lapisan masyarakat negeri ini, ke arah mengejar keredhaan Allah dalam setiap tindakan. InsyaAllah...:)

ITC Di Media Massa

Alhamdulillah, program motivasi anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia dengan kerjasama Itqan Partners Training & Consultancy telah dipromosikan di akhbar Sinar Harian Kelantan. InsyaAllah ianya akan diadakan pada 12 hingga 14 Mac 2011 bertempat di sebuah kem di Terengganu. Sasarannya ialah kepada anak-anak bekas tentera. ITC berharap dengan sokongan padu semua pihak, program ini akan berjalan dengan lancar dan berkesan InsyaAllah.

Saturday, February 19, 2011

ITC di SK Padang Garong 1, Kota Bharu, Kelantan


ITC ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan SK Padang Garong 1, Kota Bharu, Kelantan kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas kepada para pelajarnya. Semoga ianya dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk kemajuan sekolah.



Semoga bertemu lagi.

ITC memahami anda! :)