Saturday, August 26, 2017

Sinergi ITC Untuk MARA Johor


Alhamdulillah, selesai sudah program Latihan Pembentukan Usahawan (LPU1) anjuran MARA Johor dengan kerjasama PSU Management & Services. Program ini selama 5 hari dan ia di adakan di Pulai Springs Resort Johor.

Alhamdulillah, ITC diberi peluang untuk bersinergi dengan PSU Management & Services. Kami rasa bertuah kerana dipilih oleh pihak syarikat PSU sebagai tenaga pengajar bagi membimbing dan berkongsi buat usahawan-usahawan di bawah MARA Johor ini. Di samping kami berkongsi, kami juga turut sertai untuk turut menimba ilmu yang ada di sana. 






Mudah-mudahan setiap slot yang dijayakan membantu para usahawan untuk meneruskan aktiviti perniagaan mereka dengan lebih hebat In syaa Allah.

Monday, August 14, 2017

ITC Sebagai Klien Projek Semester Akhir

(Klik gambar untuk imej yang lebih besar)


Alhamdulillah dan terima kasih kami ucapkan buat Tuan Syukran Jusoh, mahasiswa dari UiTM Kampus Puncak Alam kerana memilih ITC sebagai klien untuk projek akhir semesternya bagi bidang Printing Technology Department.

Kami juga merakamkan kesyukuran kerana telah dikhabarkan projek akhirnya ini telah berjaya dan lulus. Tahniah kami ucapkan buat orang muda yang mempunyai bakat besar ini.

InsyaAllah, bagi mana-mana mahasiswa/i yang ingin jadikan ITC sebagai icon atau klien projek bagi subjek pengajian, kami sangat berbesar hati untuk menerimanya. Tak lupa juga bagi mahasiswa/i yang ingin jadikan ITC sebagai destinasi praktikum, insyaAllah kami sedia menerimanya sekiranya lulus syarat permohonan.

Kami tampilkan antara hasil tangan beliau sebagaimana gambar-gambar tersebut:

Fail poket (Klik gambar untuk imej yang lebih besar)

Kad bisnes dan kod yang boleh diakses (Klik gambar untuk imej yang lebih besar)


Turut kelihatan ialah papan iklan yang mengandungi lampu untuk menghasilkan cahaya 
(Klik gambar untuk imej yang lebih besar)

Sekian, kami suka!

Wednesday, August 9, 2017

Terbaru! Ebook Karya Tuan Muizzuddin Mukhtar


44 Catatan Cuit-Cuit Minda di Facebook ini ialah koleksi tulisan pandangan, buah fikiran dan idea terbaik yang dipilih oleh Tuan Muiz di dinding facebooknya sejak 2012 sehingga 2016



Ini ialah maklumbalas yang diterima oleh mereka yang telah membaca ebook ini. (Klik imej untuk lihat dengan lebih jelas)

Testimoni lagi dari mereka yang telah membacanya. (Klik imej untuk lihat dengan lebih jelas)


Ini ialah isi kandungan ebook ini. (Klik imej untuk lihat dengan lebih jelas)


Adakah tuan dan cikpuan juga berminat untuk mendapatkannya secara PERCUMA? Mohon ke FB Tuan Muiz di link ini - https://www.facebook.com/muizzuddin.mukhtar atau klik gambar FB Tuan Muiz di bahagian kanan blog ini di ruangan Trainer di Facebook.

Sekian, kami teruja!