Tuesday, March 27, 2012

Resipi Kejayaan Azali Azlan & Perkembangan Terkini ITC


Salam ceria buat semua pengunjung blog ITC.

Apa khabar anda hari ini? Semoga anda semua dapat menjawabnya dengan "sangat baik" ya :)

Alhamdulillah, ITC baru sahaja pulang dari KL kerana ada beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan khususnya di Kementerian Kewangan Malaysia. Semuanya ialah bagi memastikan ITC terus maju dan lebih berkeupayaan untuk menyertai urusan memandaikan anak bangsa ini.

Posting blog kami kali ini memuatkan:

1. Perkembangan terkini ITC dalam bulan Mac ini.
2. Tips motivasi ITC : Resipi Kejayaan Azali Azlan, pelajar SMKA Yan Kedah yang mendapat 20 1A dan 1 2A di dalam SPM.

Selamat membaca :)


Perkembangan Terkini ITC

Alhamdulillah, untuk bulan Mac ini, ITC telah berpeluang membantu banyak sekolah dan IPT memperkasakan modal insan di tempat mereka. Antara mereka yang telah menjemput ITC ialah:

Gabungan Kolej Komuniti di Kelantan
( Kem Kepimpinan di PCB Resort)


SK Padang Garong 1, Kota Bharu
(Kursus Pengawas)


SMK Teknik Bachok
(Kursus Kepimpinan di La Hot Spring)


Politeknik Dungun, Terengganu
(Modul SyokStudy & SyokLeadership di Sweet Beach Resort, Pasir Putih)


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
(Bengkel Motivator Muda Islam 2012)


SMK Sri Gunong, Bachok
(Modul SyokStudy)


SMK Sering, Kota Bharu
(Kem Kepimpinan & Jati Diri di Min House Camp, Binjai)

Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan Allah dan memberikan rasa SYOK kepada semua peserta yang melaluinya :)

ITC juga mengucapkan syukur kepada Allah, kerana berpeluang mendapat tips-tips dan latihan secara tidak langsung dari saudara Amin Idris yang merupakan trainer dan motivator ternama di Amin Idris Training & Consultant. Beliau juga merupakan personaliti TV Al-Hijrah dan antara 'orang kuat' Pertubuhan Perunding Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) yang dinaungi oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah dan Dr Tengku Asmadi. Dalam pertemuan di pejabat kami di Binjai, Kota Bharu itu, saudara Amin telah berkongsi rahsia di sebalik pembikinan bukunya 'Magnet Diri'. Habis 'melekat' kami dibuatnya oleh beliau! =)


ITC juga masih membuka tempahan kepada mana-mana individu/sekolah/IPT/agensi kerajaan/NGO yang berhajat kepada perkhidmatan kami. Jadual kami untuk bulan April masih ada kekosongan dan apa yang penting ialah kami bersedia untuk membantu anda :)

Bagi mendapatkan info lanjut, anda boleh hubungi En Muiz (013-9664306) atau En Kamal (013-4058718) atau boleh layari website kami - www.itctraining.my


Tips Motivasi ITC : Resepi Kejayaan Azali Azlan

Azali Azlan, 18, dari SMKA Yan, Kedah ialah pelajar cemerlang di dalam peperiksaan SPM yang telah berjaya memperolehi 20 1A dan 1 2A. Rekodnya ini telah mengatasi rekod pelajar cemerlang sebelumnya iaitu Nur Amalina Che Bakri dari Johor yang mendapat 17 1A.

Mari kita lihat apa yang diperkatakan oleh Azali tatkala mendapat keputusannya ini:

"Tujuan asal saya belajar bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi saya buat untuk diri sendiri, ibu bapa serta guru. Bagi saya, jika belajar semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna."

Apabila beliau ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan sehingga mendapat keputusan cemerlang, beliau berkata:

"Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan ini mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah. Jadi sebagai pelajar Islam, adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan"

Itulah Azali Azlan, pelajar contoh yang sangat baik untuk dijadikan ikutan kepada para pelajar lain. Semoga semangat dan kesungguhannya juga akan mengalir kepada para remaja hari ini.

***

Untuk pengetahuan anda, petikan cerita Azali Azlan di atas ialah sebahagian dari buku hasil karya saudara Muizzuddin, trainer utama ITC. Anda boleh mendapatkan buku ini di mana-mana program yang ITC anjurkan atau boleh sahaja terus ke pejabat kami. Harganya yang cuma RM 5 pasti sangat berbaloi-baloi untuk anda =)


Semoga kita dapat berjumpa lagi di posting akan datang.

Salam motivasi dari ITC untuk anda ^^

Tuesday, November 8, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011 DI KELANTAN

video


Satu program cuti sekolah yang ISTIMEWA untuk para remaja. Satu-satunya kem cuti sekolah pertama seumpama ini jarang sekali didapati di Kelantan.

Wednesday, October 19, 2011

Monsoon Camp - Remaja Excellent (Kem Cuti Sekolah)


Satu program cuti sekolah yang ISTIMEWA untuk para remaja. Satu-satunya kem cuti sekolah pertama seumpama ini jarang sekali didapati di Kelantan.

APA ISTIMEWANYA PROGRAM INI?

1 - Khas untuk menggilap potensi remaja sebagai seorang pemimpin dan pelajar

2 - Bimbingan dan motivasi mencintai Islam, berkasih sayang di dalam keluarga dan berperanan kepada masyarakat. Solat 5 waktu dan ibadah-ibadah sunat juga akan dititikberatkan.

3 - Pembinaan sikap positif terhadap diri dan mempunyai kesedaran untuk berubah menjadi individu yang lebih baik dari sebelumnya.

4 - Remaja juga akan mengetahui bagaimana menjadi seorang individu yang MENARIK, yakin, berwibawa, dihormati lagi dihargai oleh keluarga dan kawan-kawan.


BAGAIMANA?

Ya, semestinya melalui konsep SYOK dari Itqan Partners Training & Consultancy (ITC). Kenali SYOK kami seperti berikut:

S-Seronok
Y-Yakin
O-Optimis
K-Kalbu

ITC berusaha memastikan peserta SERONOK dengan apa yang disampaikan sekaligus meninggalkan kesan mendalam di KALBU mereka. Ianya akan mencetuskan rasa YAKIN mereka ke arah kecemerlangan dan OPTIMIS dengan usaha yang akan mereka lakukan.

Anda pastinya mengetahui kebanyakan remaja cepat bosan dan cenderung untuk melakukan perkara negatif jika masa cutinya tidak diisi dengan perkara berfaedah bukan? Oleh itu,

Kami dengan GEMBIRA menjemput para remaja menyertai kem ini sebagai nilai tambah untuk diri mereka.

SIAPA YANG HARUS MENYERTAINYA?

*Remaja berumur 10 - 17 tahun

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh:
3 - 5 Disember 2011 (Sabtu - Isnin)

Lokasi:
Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan

Ringkasan aturcaranya seperti berikut:

HARI PERTAMA ( 3/12/2011 - SABTU)

Petang
- Ketibaan peserta, pendaftaran, taklimat
- Solat Asar berjemaah, minum petang
- Pengenalan PROGRESSIVE + LEADERSHIP + BRILLIANT (PLB)
- Pembentukan pasukan dan ketua
- Kenal diri ahli pasukan

Malam
- Makan malam / hemat diri / Solat Maghrib berjemaah
- Kuliah Maghrib / Solat Isya' berjemaah
- Mengenali Diri & Potensi (PROGRESSIVE)
- Minum malam / ibadah sunyi

HARI KEDUA ( 4/12/2011 - AHAD)

Pagi
- Qiamullail / Solat Subuh berjemaah/ Bacaan Al-Quran
- Senaman pagi
- Sarapan & hemat diri
- Anda Seorang Champion ! (PROGRESSIVE)
- Minum pagi / Solat Dhuha
- Paradigma Sebagai Khalifah (LEADERSHIP)
- Solat Zohor berjemaah & makan tengahari

Petang
- Your Team Is The Best (aktiviti outdoor - LEADERSHIP)
- Solat Asar berjemaah & minum petang
- Sesi 'sharing moment'

Malam
- Makan malam / hemat diri / Solat Maghrib berjemaah
- Kuliah Maghrib / Solat Isya' berjemaah
- Recall Sentuhan Remaja (Heart To Heart)
- Minum malam / ibadah sunyi

HARI KETIGA ( 5/12/2011 - ISNIN)

Pagi
- Qiamullail / Solat Subuh berjemaah/ Bacaan Al-Quran
- Senaman pagi
- Sarapan & hemat diri
- Beach Tracking (aktiviti outdoor - BRILLIANT)
- Minum pagi / Solat Dhuha
- Wawasan Remaja~Kejayaan Dunia & Akhirat
PROGRESSIVE + LEADERSHIP + BRILLIANT (PLB)
- Majlis penutup / makan tengahari

Petang - Home Sweet Home =)


Inilah hasil yang diimpikan oleh KAMI dan semestinya ANDA


PENGENDALI

En Muizzuddin Mukhtar
En Mohd Khairul Anwar Mohamed Nawi
En Nik Mohd Kamal bin Ibrahim @ Nik Hanafi

ialah perunding motivasi di ITC. Berpengalaman dalam bidang latihan dan motivasi di peringkat sekolah dan IPT lebih 7 tahun.

Lanjut mengenai mereka, boleh klik di sini -
www.itctraining.my

atau

http://facebook.com/muizzuddin.mukhtar
http://facebook.com/mohdkhairulanwarnawi
http://facebook.com/nikmohd.kamal


YURAN PENDAFTARAN

RM 160 (termasuk penginapan, makan minum sepanjang program, bahan aktiviti dan sijil penyertaan

Jika hadir berkumpulan (3 orang ke atas), cuma RM 140 sahaja seorang

Sekejap, ada lagi...

PERCUMA SETIAP PESERTA~Bonus ITC berupa satu MINI BUKU PANDUAN ASAS-ASAS ISLAM
Rujuk link ini untuk mengetahui keistimewaan buku ini:
-http://www.quranicgroup.blogspot.com/

Suatu pelaburan yang berbaloi-baloi!


CARA PENDAFTARAN

Pembayaran boleh dibuat melalui bank-in ke akaun tersebut:

CIMB - 0313-0000396-10-8 atas nama ITQAN PARTNERS TRAINING & CONSULTANCY
*Sila SMS/hubungi kami selepas melakukan pembayaran
*Simpan slip bayaran asal sebagai bukti pembayaran
*Tulis nama penuh peserta di belakang slip
*Serahkan slip semasa mendaftar

Atau

Datang ke pejabat kami di:
PT 595, Tingkat 1, Cabang 4 Binjai, Binjai, 16150, Kota Bharu Kelantan (sila hubungi kami sebelum datang)

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN - anda boleh hubungi terus

*En Muiz
- No phone : 013 9664306
- Emel : muiz@itctraining.my
- Facebook : http://facebook.com/muizzuddin.mukhtar

*En Anwar
- No phone : 013 2850339
- Emel : anwar@itctraining.my
- Facebook : http://facebook.com/mohdkhairulanwarnawi


Tempat terhad untuk 50 orang peserta sahaja. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 29/11/2011 (Selasa)

Daftar segera!

Jumpa di sana.

ITC MEMAHAMI ANDA :)

Tuesday, October 4, 2011

Bengkel Syok Leadership - BICARA BERKESAN


Sertai bengkel 'Bicara Berkesan' dengan memahami ciri-ciri pidato, ceramah, ucapan rasmi,perbualan dan bicara yang meyakinkan. Fahami juga tahap penerima audien dengan menghasilkan tenaga pengaruh yang hebat. Khas untuk mahasiswa/i IPTA dan IPTS serta pelajar sekolah menengah. Anda akan ketahui rahsianya.

Daftar sekarang! Penyertaan sudah dibuka =)

Wednesday, August 17, 2011

Istimewa Untuk Pelajar PMR & SPM

Satu bengkel yang ISTIMEWA menjelang peperiksaan. Satu-satunya bengkel seumpama ini jarang sekali didapati di Kelantan.


APA ISTIMEWANYA BENGKEL INI?

*Pelajar akan mengetahui dan mempelajari suasana menjelang peperiksaan yang mereka akan tempuhi.

*Teknik Motivasi SYOK Menjelang Peperiksaan.

*Pelajar juga akan didedahkan dengan cara mengurangkan STRES negatif menjelang peperiksaan dan cara untuk menjadi POWER dengan potensi diri.

*Pelajar juga akan mengetahui Prinsip SEBELUM – SEMASA – SELEPAS peperiksaan.

*Pelajar juga akan mempelajari KUASA DOA bagi memberi tenaga dalaman yang bermutu dan berkualiti.

*Pelajar juga akan mengetahui bagaimana menjadi seorang individu yang memiliki SIKAP BERJAYA.Pastinya 80% kejayaan seseorang individu bergantung pada sikapnya yang ingin kejayaan.

Inilah hasil yang diimpikan dan segalanya bermula dari anda.


BAGAIMANA?

Ya, semestinya melalui konsep SYOK kami.

S-Seronok
Y-Yakin
O-Optimis
K-Kalbu

ITC berusaha memastikan anda SERONOK dengan apa yang disampaikan sekaligus meninggalkan kesan mendalam di KALBU anda. Ianya akan mencetuskan rasa YAKIN anda ke arah kecemerlangan dan OPTIMIS dengan usaha yang akan anda lakukan.

Kami dengan GEMBIRA menjemput anda menyertai bengkel ini sebagai nilai tambah untuk diri anda.


SIAPA YANG HARUS MENYERTAINYA?

*Pelajar SekolahYang Akan Menempuhi Peperiksaan PMR dan SPM sahaja


BUTIRAN PROGRAM?

Tarikh:
10 September 2011(Sabtu) / 12 Syawal 1432

Masa:
9 pagi – 11.30 pagi

Lokasi:
Bilik Seminar ITC, Pejabat Itqan Partners Training & Consultancy (Di Cabang 4 Binjai depan Balai Polis Binjai, 16150 Kota Bharu,Kelantan)
*Hubungi no yang tertera di bawah jika ada masalah

Yuran:
RM 10 sahaja (yuran termasuk makan minum,buku modul, sijil penyertaan dan bonus raya)

PENGENDALI

En Muhd Muizzuddin Mukhtariaitu CEO Itqan Partners Training & Consultancy merangkap perunding motivasi diItqan Partners Training & Consultancy. Berpengalaman luas dalam bidang latihan dan motivasi diperingkat sekolah dan IPT lebih 8 tahun dan kini telah menjalankan motivasi untuk lebih 8,000 orang pelajar dipelbagai peringkat (sekolah rendah,menengah dan IPT)

Lanjut mengenai mereka, boleh klik di sini -
http://itctrainer.blogspot.com/

atau

http://facebook.com/muizzuddinmukhtar


CARA PENDAFTARAN

Pembayaran boleh dibuat melalui bank-in ke akaun tersebut:

CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Wakaf Che Yeh)
No Akaun - 0313-0001614-20-1 (Muhd Muizzuddin Mukhtar)

Atau

Hubungi - 013 9664306 untuk membuat tempahan tempat dan lakukan pembayaran semasa ditempat program. Diingatkan, hanya terhad untuk 20 ORANG SAHAJA.


UNTUK SEBARANG PERTANYAAN - anda boleh hubungi terus

*En Muiz
- No phone : 013 9664306
- Emel : muizmukhtar85@gmail.com
- Facebook : http://facebook.com/muizzuddin.mukhtar

Jika anda mendapati bengkel ini membosankan dan anda rasa tiada apa-apa hasil yang diperolehi, pihak kami akan memulangkan kembali wang anda selepas waktu rehat tanpa soal dan anda boleh terus pulang. Hal ini kerana kami sangat hargai kehadiran anda dan tidak mahu anda rasa rugi dengan menyertai bengkel ini!

Oleh itu, tunggu apa lagi? Jom isi masa cuti anda dengan perkara berfaedah ini.

Jumpa di sana! :)

Terima kasih!

ITC MEMAHAMI ANDA :)


Tuesday, July 5, 2011

Program terdekat ITC..Anda pasti sukakannya.


Assalamulaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung ITC. ITC menjemput anda ke Program Terdekat bulan julai 2011 iaitu, Bengkel Syok leadership (15 Tip Fasilitator cemerlang), dan Bengkel Syok Study-Estim Diri (kuasa mengubah sikap belajar)

APA ISTIMEWANYA BENGKEL SYOK STUDY

*Pelajar akan mempelajari beberapa konsep ESTIM DIRI berdasarkan TAHU - MAHU - YAKIN dengan SYOK

*Pelajar dapat mengetahui POTENSI DIRIi melalui SQ-IQ-EQ yang mampu mengubah sikap belajar secara aktif

*Pelajar juga akan didedahkan dengan KUASA MAHU yang membolehkan perubahan sikap belajar dari 3 perkara yang merugikan iaitu BOSAN-MALAS-TANGGUH

*Pelajar juga akan mengetahui Prinsip Menteliti Silap yang telah menjadi suatu permasalahn terhadap pelajar kini.

*Pelajar juga akan mempelajari KUASA MINDA yang berlandaskan AGAMA mampu memberi perubahan dari MINDA ALASAN

*Pelajar juga akan mengetahui bagaimana menjadi seorang individu yang memiliki SIKAP BERJAYA.Pastinya 80% kejayaan seseorang individu bergantung pada sikapnya yang ingin kejayaan.

Inilah hasil yang diimpikan dan segalanya bermula dari anda.

APA ISTIMEWANYA BENGKEL LEADERSHIP

*Khas untuk anda yang ingin mempelajari skill bagaimana menjadi seorang fasilitator (pemudahcara) yang BERKESAN di dalam sebarang program yang anda anjurkan baik di sekolah mahupun IPT.

*Anda juga akan mengetahui bagaimana menjadi seorang individu yang MENARIK, yakin, berwibawa, dihormati lagi disayangi oleh keluarga dan kawan-kawan anda. Pastinya anda ingin menjadi seorang yang dihargai dan diterima oleh masyarakat di sekeliling anda bukan? :)

*Menambahkan daya PENGARUH anda untuk memastikan anda dilihat hebat.

Inilah hasil yang diimpikan dan segalanya bermula dari anda


BAGAIMANA?


Ya, semestinya melalui konsep SYOK kami.

S-Seronok
Y-Yakin
O-Optimis
K-Kalbu

ITC berusaha memastikan anda SERONOK dengan apa yang disampaikan sekaligus meninggalkan kesan mendalam di KALBU anda. Ianya akan mencetuskan rasa YAKIN anda ke arah kecemerlangan dan OPTIMIS dengan usaha yang akan anda lakukan.

Kami dengan GEMBIRA menjemput anda menyertai bengkel ini sebagai nilai tambah untuk diri anda.

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh:
16 julai & 23 Julai 2011 (hari sabtu)

Masa:
9 pagi - 12 tengahari

Lokasi:
Bilik Seminar ITC, Pejabat Itqan Partners Training & Consultancy (Di Cabang 4 Binjai depan Balai Polis Binjai, 16150 Kota Bharu,Kelantan)
*Hubungi no yang tertera di bawah jika ada masalah

Yuran:
RM 25 sahaja (yuran termasuk jamuan ringan,bahan modul dan sijil penyertaan)

PERCUMA~Bonus ITC berupa satu MINI BUKU PANDUAN ASAS-ASAS ISLAM
Rujuk link ini untuk mengetahui keistimewaan buku ini:
-http://www.quranicgroup.blogspot.com/


PENGENDALI

En. Muhd Muizzuddin Mukhtariaitu CEO Itqan Partners Training & Consultancy merangkap perunding motivasi di Itqan Partners Training & Consultancy. Berpengalaman luas dalam bidang latihan dan motivasi di peringkat sekolah dan IPT lebih 8 tahun dan kini telah menjalankan motivasi untuk lebih 8,000 orang pelajar di pelbagai peringkat (sekolah rendah,menengah dan IPT)

Lanjut mengenai mereka, boleh klik di sini -
http://itctrainer.blogspot.com/

atau

http://facebook.com/muizzuddinmukhtar


CARA PENDAFTARAN

Pembayaran boleh dibuat melalui bank-in ke akaun tersebut:

CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Wakaf Che Yeh)
No Akaun - 0313-0001614-20-1 (Muhd Muizzuddin Mukhtar)

Atau

Bank Islam-
No Akaun - 09010020340906 (Nik Mohd Kamal Ibrahim)
*Sila SMS/hubungi -013 4058718 selepas melakukan pembayaran. Pihak kami akan menghubungi anda kembali untuk tujuan pengesahan

Atau

Hubungi - 013 4058718 @ 013 9664306 untuk membuat tempahan tempat dan lakukan pembayaran semasa di tempat program. Diingatkan, hanya terhad untuk 20 ORANG SAHAJA.


UNTUK SEBARANG PERTANYAAN - anda boleh hubungi terus

*En Muiz
- No phone : 013 9664306
- Emel : muizmukhtar85@gmail.com
- Facebook : http://facebook.com/muizzuddin.mukhtar

*En Kamal
- No phone : 013 4058718
- Emel : nikkamal87@gmail.com
- Facebook : http://facebook.com/nikmohd.kamal

Jika anda mendapati bengkel ini membosankan dan anda rasa tiada apa-apa hasil yang diperolehi, pihak kami akan memulangkan kembali wang anda selepas waktu rehat tanpa soal dan anda boleh terus pulang. Hal ini kerana kami sangat hargai kehadiran anda dan tidak mahu anda rasa rugi dengan menyertai bengkel ini!

Oleh itu, tunggu apa lagi? Jom isi masa cuti anda dengan perkara berfaedah ini.

Jumpa di sana! :)

Terima kasih!

ITC MEMAHAMI ANDA :)

Saturday, May 14, 2011

Kem Elit Kecemerlangan PMR 2011

KEM ELIT KECEMERLANGAN PMR 2011 Alhamdulillah, ITC mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi keizinan untuk mengadakan program yang bernama Kem Elit Kecemerlangan PMR 2011 pada 9 dan 10 Mei 2011. Program ini melibatkan peserta seramai 90 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dari SMK Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Apa yang membuatkan ITC teruja, sekolah ini dikategorikan sebagai 'sekolah bestari' di Kelantan, justeru kerana pelajar-pelajarnya ialah yang terbaik di kalangan terbaik. Berprogram bersama mereka, telah meninggalkan suatu kenangan yang manis untuk ITC, apatah lagi bila melihat kesungguhan dan komitmen mereka di dalam melakukan aktiviti yang disediakan.

Berikut adalah testimoni yang ITC perolehi daripada mereka:

Nurul Aishah bt Wan Noor (Tingkatan 3 Beta)
"Saya rasa kem ini ialah kem yang paling menyeronokkan yang pernah saya ikuti. Trainer-trainer di sini sangat happy dan baik. Mereka juga mesra pelajar dan sentiasa memberi bimbingan kepada kami di sini. Saya amat berharap agar kem ini akan diadakan lebih dari dua hari dan akan diadakan lagi. Saya pastinya tidak akan melupakan pengalaman yang menyeronokkan di sini! "

Nurul Shamira bt Harish (Tingkatan 3 Alfa)
"Sepanjang Kem Elit Kecemerlangan PMR 2011 ini berlangsung, semua aktiviti yang dilakukan best sekali. Banyak yang kami belajar dari abang-abang ITC. Kerjasama dapat juga dipupuk. Apa yang penting, saya happy sangat! Hope you all keep going do this. Selamat maju jaya! :) "

Ahmad Azriel bin Ahmad Zakri (Tingkatan 3 Gamma)
"Saya sangat suka terhadap program ini kerana program ini banyak membimbing saya serta rakan-rakan yang lain. Harap-harap program ini dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah yang lain supaya dapat membentuk keperibadian remaja."

Ilyas bin Zaidi (Tingkatan 3 Alfa-Ketua Kumpulan Medu)
"Secara keseluruhannya, semua aktiviti yang diadakan oleh fasi-fasi sangat menarik. Cuma yang saya kesalnya ialah kem diadakan sangat singkat. Saya berharap pihak ITC dapat mengadakan kemi sebegini dengan masa yang lebih panjang. "

ITC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Kubang Bemban khususnya kepada kaunselornya Pn Zurina bt Md. Noor kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk bersama dengan pelajar-pelajarnya. Semoga usaha ini diberkati Allah dan kelak mereka akan menjadi 'duta penyelamat dan kasih sayang' kepada masyarakat mereka nanti InsyaAllah.Semoga berjumpa lagi di Kem Elit Kecemerlangan PMR akan datang :)

Terima kasih