Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

ORGANISASI

CARTA ORGANISASI ITC


PENGARAH URUSAN DAN PENTADBIRAN
ITQAN PARTNERS TRAINING & CONSULTANCY

MUHD MUIZZUDDIN BIN MUKHTAR, K.B
(TRAINER 1)

Kelayakan Profesional :

  • Pengasas dan perunding latihan & motivasi sepenuh masa di Itqan Partners Training & Consultancy (ITC).
  • Kaunselor Berdaftar dari Lembaga Kaunselor Malaysia (KB04159).
  • Persijilan Hipnosis dari Malaysian Academy Of Hypnosis (MAH).
  • Persijilan Hipnosis & Hipnoterapi dari The Indonesian Board Of Hypnotherapy (IBH).
  • Persijilan Hipnomagic dari Holistic Training Center Indonesian.
  • Persijilan NLP Practitioner dari National Federation Of Neuro Linguistic Psychology (NFNLP) dan Neuro Linguistic Programming Malaysia (NLP).
  • Persijilan ESQ 165; Character Building 1 dari ESQ Leadership Center Malaysian & Indonesian.
  • Ahli Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
  • Kepimpinan NGO Ikatan Inspirasi Muslim Nasional (IMAN)
  • Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Mini Kelantan (RKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) Kelantan.
  • Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok, Kelantan.
  • Keahlian Gabungan Motivator Kelantan (GMK).

Kelayakan Akademi :

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pengalaman Profesional :

  • Berpengalaman selama hampir 13 tahun mengendalikan program pembangunan dan latihan.
  • Penampilan media sebagai panel jemputan di dalam rancangan Generasi Y, RTM 1.
  • Menjadi kaunselor pelatih di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu.

Pengalaman Penulisan :

  • Menulis beberapa artikel berkaitan isu remaja, pelajar dan politik di dalam akhbar Sinar Harian Kelantan dan Majalah E-Siswa, Karangkraf.
  • Menulis buku ‘Saya Pelajar Motivasi’, ‘Syok Dengan Teknik Belajar’ dan 21 Teknik Belajar ABC.
  • Menulis ebook ‘Kenali Spritual Hypno-Motivation dalam masa 30 minit’, 15 Minit mengenali S.T.A.R.T Peperiksaan, Tentang M.A.S.A, 44 Catatan Cuit-Cuit Minda di Facebook” dan 10 Kebiasaan Ibu Bapa Lakukan.

PENGARAH KEWANGAN, PEMASARAN DAN JUALAN
ITQAN PARTNERS TRAINING & CONSULTANCY

NIK MOHD KAMAL BIN IBRAHIM @ NIK HANAFI
(TRAINER 2)

Kelayakan Profesional :

  • Perunding latihan & motivasi sepenuh masa di Itqan Partners Training & Consultancy.
  • Ahli Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Nombor Ahli : AT 0118).
  • MASTERY Profesional Learning Facilitator (PLF) dari Take Charge Sdn Bhd.
  • Kolumnis Majalah Gen-Q terbitan Syarikat Telaga Biru.
  • Keahlian Gabungan Motivator Kelantan (GMK).

Kelayakan Akademi :

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik Pengurusan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pengalaman Profesional :

  • Sebagai trainer program-program latihan dan kepimpinan pelajar serta mahasiswa sejak tahun 2006.
  • Aktif mengendalikan program-program remaja dan belia anjuran sekolah, IPT dan agensi kerajaan.
  • Selaku penasihat dan perancang bersama program badan dakwah dan kepimpinan sekolah-sekolah dan IPT di Kelantan.
  • Terlibat dalam bidang penulisan buku yang bertajuk ‘Quranic Group’,  iaitu buku rujukan asas untuk memahami Islam yang menjadi silibus usrah serta pengajian sekolah menengah dan IPT seluruh Malaysia.
  • Aktif menghadiri kursus sebagai trainer anjuran Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)


PENGARAH OPERASI PENGURUSAN ACARA DAN KORPORAT
ITQAN PARTNERS TRAINING & CONSULTANCY

NIK TARMIZI BIN NIK AB RAHMAN (SIR MJ)
(TRAINER 3)

Kelayakan Profesional :

  • Perunding latihan & motivasi separuh masa di Itqan Partners Training & Consultancy
  • Pengasas seminar teknik belajar di Kelantan, Seminar Gegar Otak (SGO).
  • Persijilan ESQ 165; Character Building 1 dari ESQ Leadership Center Malaysian & Indonesian.
  • Persijilan Rahsia Ceramah Memukau (RCM).
  • Keahlian Gabungan Motivator Kelantan (GMK).

Kelayakan Akademi :

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Lulusan Ijazah Sarjana Pendidikan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Pengalaman Profesional :

  • Berpengalaman selama lebih 7 tahun mengendalikan program latihan dan motivasi pelajar (3 tahun bersama kolej MSU dan 2 tahun di dalam syarikat konsultan).
  • Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di MSU selama 4 tahun.
  • Pernah bertugas sebagai guru kontrak hampir 2 tahun di beberapa buah sekolah.
  • Berpengalaman menganjur dan mengendalikan seminar secara publik/terbuka di Kelantan.
  • Terlibat dalam bidang penulisan buku Teknik Belajar berjudul 21 Teknik Belajar ABC.


PEMBANTU OPERASI
KERJASAMA BERSAMA ITQAN PARTNERS TRAINING & CONSULTANCY

MUHAMMAD NASRUL NIZAM BIN ZAMRY (DAI'E NASRUL)
(TRAINER JEMPUTAN)

Kelayakan Profesional :
  • Perunding latihan & motivasi separuh masa di Itqan Partners Training & Consultancy
  • Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 tahun 2016, TV3
  • Pengasas Seminar Tazkirah Cinta
  • Keahlian Gabungan Motivator Kelantan (GMK)
  • Ahli jawatankuasa persatuan kebajikan negeri Kelantan (PKNK).

Kelayakan Akademi :

  • Lulusan ijazah sarjana muda syariah Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
Pengalaman Profesional :
  • Berpengalaman bersama TV3 dalam program realiti agama, Da’i Pendawah Nusantara musim ke-4.
  • Penampilan media sebagai panel jemputan dalam slot Semanis Cinta di Manis FM, Hot FM, RTM Kelantan dan KOOL FM.
  • Penglibatan diri dalam MOCA (Malaysian Covering Aurat) kendalian Majlis Pembandaran Kota Bharu (MPKB).


PENGURUS KELAS MENGAJI QURAN ONLINE (KMQO)
KERJASAMA BERSAMA ITQAN PARTNERS TRAINING & CONSULTANCY

SITI NOR SUHADA BINTI KHAIDZIR (USTAZAH SUE)

Kelayakan Profesional :

  • Pengurus sepenuh masa Kelas Mengaji Al-Quran Online (KMQO)
  • 5 tahun berpengalaman dalam pengurusan kelas mengaji secara online/atas talian.

Kelayakan Akademi :

  • Lulusan STAM Maahad Syamsul Maarif (Perempuan)