Posts

Showing posts from November, 2018

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

PANDUAN MEMILIH PROGRAM CUTI SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK, REMAJA DAN PELAJAR

Image
ANDA RASA IBU BAPA ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA? Inilah yang berlaku kepada ibu bapa memikirkan aktiviti apa yang hendak diisi buat anak-anak mereka semasa cuti sekolah setiap tahun. . Di sini saya ingin memberi sedikit panduan kepada ibu bapa memilih dan merancang program bagi anak-anak semasa cuti sekolah.. . . 1. Program Motivasi Banyak program motivasi yang akan di adakan pada cuti sekolah. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah dan jati diri remaja. Ada pula yang berteraskan kepada akademik dan belajar walaupun dalam mood cuti sekolah dan ada pula penekanan terhadap kepimpinan seperti pengucapan awam dan pelbagai lagi. Kategori ini boleh dipilih mengikut kesesuaian masa dan tempat, kehendak, kesukaan dan keseronokan anak-anak untuk menimba ilmu. Selalunya program seperti ini dijamin keberkesanan dan anak-anak juga akan berpuas hati. Program motivasi ini ada manfaatnya bagi meletuskan potensi diri anak-anak dan mereka juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang positif. .

KAEDAH 'SMART' DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN DARI MUIZMUKHTAR

Image
Sedikit perkongsian buat adik-adik semua yang akan mengambil peperiksaan terutamanya SPM, STPM, STAM. Semoga berjaya dan buat yang terbaik. TIP PERSEDIAAN PEPERIKSAAN KAEDAH 'SMART' DARI MUIZMUKHTAR . . SMART - Sehari sebelum masuk ke dewan peperiksaan S – Sikap 1. Sentiasa bersikap positif dan sentiasa mengeluarkan perkataan-perkataan positif supaya diri  mendapat aura positif. 2. Mengelak dari 3 sikap iaitu Malas, Tangguh dan Bosan. M – Mohon 1. Perbanyakkan doa kepada Allah. 2. Mohon maaf kepada individu yang dekat dengan kita seperti ibu bapa, keluarga, guru dan rakan-rakan. A – Amalan 1. Tidur awal untuk memastikan tubuh badan kita tidak lesu dan letih pada keesokan harinya. 2. Amalkan solat hajat untuk memastikan kita sentiasa tenang mengharungi peperiksaan. 3. Buat amalan-amalan yang menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim seperti solat lima waktu, membaca Al-Quran dan banyak lagi. 4. Buang amalan yang menjejaskan kesihatan tubuh dan akal seperti menghisap roko