PROFIL ITC


PENGENALAN SYARIKAT

Itqan Partners Training & Consultancy @ ITC (KT0282411-H) merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan latihan dan perundingan yang menjurus kepada usaha membangunkan sumber manusia secara dinamik bagi mencipta kecemerlangan. Modul-modul latihan dan motivasi yang dibangunkan ITC sesuai untuk memenuhi keperluan semua golongan.

Tenaga penggerak ITC terdiri daripada perunding motivasi muda yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, pengalaman dan kemahiran. Pengetahuan yang luas di bidang ini selain sangat dikenali di Kelantan dan Terengganu melalui programnya yang selalu mendapat liputan media akhbar telah memberikan kelebihan kepada ITC dalam menyampaikan idea dan persembahan mereka kepada pelbagai lapisan usia.

Fokus ITC ialah latihan pembinaan dan motivasi diri, teknik belajar cemerlang, pengurusan organisasi berkesan, pembentukan sahsiah remaja yang hebat dan pengendalian ibadah yang efektif.


MOTTO

LET’S POWER UP OUR POTENTIAL


VISI

Menjadi sebuah syarikat perundingan latihan dan motivasi yang sentiasa komited dan konsisten pada nilai-nilai yang holistik berteraskan agama dan mempunyai kualiti untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.


MISI

1. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dengan mengambil kira pendekatan yang sesuai selaras dengan tuntutan agama

2. Memanfaatkan segala kepakaran yang ada di dalam menjana perkembangan masyarakat yang positif

3. Membantu membangunkan sumber manusia yang akan memberi nilai tambah kepada kemajuan agama, bangsa dan negara 


DATA PERNIAGAAN

Pejabat Urusan :
PT 595, Tingkat 1, Cabang 4 Binjai, Binjai 16150 Kota Bharu, Kelantan

Nombor Telefon/Faxs :
09-7655866/097655866

Lawan Web :
www.itctraining.my @ http://itqanmy.blogspot.com

Laman Sosial : 
http://www.facebook.com/Itqan Partners Training & Consultancy

E-Mail :
itqan@itctraining.my @ itqan.eventmanagement@gmail.com

Pendaftaran Syarikat :
KT0282411-H

Jenis Perniagaan : 
- Pengurusan Perunding Latihan dan Motivasi
- Pengurusan Acara.
- Perundingan Kaunseling.
- Pengurusan Pendidikan.

Guaman Syarikat :
FIRDAUS & PARTNERS,
Advocates & Solicatiors, Syariah Councell
Lot 9, Tingkat 1, Kompleks Niaga Lembaga Tabung Haji,
Jalan Dato’ Pati, 15000 Kota Bharu, Kelantan. 

No comments:

Post a Comment