MODUL ITC


                                                                                           
KONSEP MODUL ITC
  • Kaedah Modul pembelajaran secara U-Learning iaitu menggunakan VAK: Visual - Audio - Kinestatik bagi memberi kesan yang mendalam kepada peserta. Modul disampaikan secara Tersusun dan mudah diikuti dan difahami.
  • Penggunaan modul secara Spiritual Hypno Motivation, Analogi Story-Telling, Gamification dan Praktikal Teori Modul (PitMo) dimaksimumkan supaya setiap slot mendapat impak yang berkesan buat peserta dan penganjur.
  • Multimedia Rich Content dengan grafik, video dan muzik yang menarik dan menghiburkan.
  • Jurulatih Berpengalaman dan Terlatih menjadikan satu kekuatan di dalam mengendalikan slot-slot di dalam program.
  • Pakej program kem atau kursus mempunyai keseimbangan antara Indoor dan Outdoor yang sangat menarik. Modul dijamin bersesuaian dan dikaji.

PENDEKATAN MODUL ITC

Pendekatan ITC yang berasaskan 40% ceramah interaktif dan 60% aktiviti bermodul boleh memberi kesan yang mendalam kepada peserta.


PAKEJ MODUL ITC

Pakej program ITC ialah dikira mengikut jam (minimum 1 jam) atau berhari (maksimum 3 hari 2 malam). Pakej ini boleh dirunding mengikut kesesuaian pelanggan dan ITC.

1) Modul Belajar dan Hipno-Motivasi

Fokus modul ini ialah untuk menanam rasa minat belajar yang berkonsepkan ‘STS’ terhadap sikap belajar, teknik belajar, panduan sihat serta persediaan peperiksaan. Modul ini akan memandu peserta memanfaatkan sepenuhnya peluang dan potensi yang ada untuk mencapai keputusan cemerlang di dalam akademik. 

2) Modul Kepimpinan dan Team Building

Fokus modul ini ialah untuk menerapkan nilai kepimpinan menerusi personaliti dan kepimpinan tokoh-tokoh kepimpinan dahulu dan terkini, pemerkasaan organisasi dan gerak kerja yang berkesan. Modul ini akan memandu peserta menjadi pemimpin yang berwibawa.

3) Modul Seronok Bekerja

Fokus modul ini ialah perkongsian tentang keseronokan bekerja dan bijak mengurus stres di tempat kerja. Ramai pekerja mahukan ketenangan dan kegembiraan di tempat kerja, akan tetapi mereka tidak mampu mencipta suasana yang menyeronokkan. Modul ini akan di sampaikan dengan cara santai dan membuka ruang bagi peserta menunjukkan kreativiti dalam pencipta keseronokan.

4) Modul Remaja Kreatif

Fokus modul ini ialah untuk membantu golongan remaja mengenali jati diri sebenar yang harus dicapai seterusnya menjadi remaja yang aktif dan mampu memberi sumbangan kepada diri sendiri dan masyarakat. Modul ini akan memandu peserta menerobos sempadan diri menerusi aspek agama dan nilai akhlak. 

5) Modul Ibadah, Pendidikan Rohani dan Quranic Group

Fokus modul ini ialah untuk menanam rasa ‘SYOK’ terhadap ibadah yang berkonsepkan pendidikan rohani dan pengaplikasian seruan yang ditetapkan sebagai seorang muslim. Modul ini akan memandu peserta mengenal diri rasa bertuhan sekaligus berupaya mencipta kejayaan dunia dan akhirat.

6) Modul Keusahawanan

Fokus modul ini ialah untuk melatih dan memberi pendedahan tentang bidang keusahawanan yang sudah menjadi keperluan kepada pekerjaan masa kini. Pendekatan konsep keusahawanan cara Rasulullah adalah pendekatan yang terbaik untuk dijadikan role model kerana baginda bukan hanya mementingkan keuntungan malah keberkatan di dalam perniagaan.

7) Modul Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya

Fokus modul ini ialah untuk membimbing dan menerapkan budaya kaunseling di kalangan pelajar terutamanya pembimbing rakan sebaya bagi membantu diri malah dapat membantu orang lain. Di samping itu, penerapan konsep kaunseling ini juga dapat melahirkan individu yang mementingkan kehidupan bermasyarakat serta menjadikan individu yang sentiasa bersifat kesukarelawan.

No comments:

Post a Comment