Posts

Showing posts from 2010

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

ITC bersama pelajar Mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Image
Alhamdulillah, ITC baru sahaja bersama mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri di Sweet Beach Resort. Tajuk 'Jatidiri Mahasiswa Muslim' telah menjadi wasilah penghubung di antara kami dengan mereka. Inilah keramaiannya. Seramai 143 orang yang hadir ke program ini Salah seorang motivator ITC memulakan motivasinya dengan skillnya yang tersendiri Trend kampus sekarang- Muslimat lebih ramai dari muslimin MODUL: "Kuasai minda anda" Motivator ITC menyampaikan slot Muhasabah kepada Mahasiswa Islam, konsep yang ingin diterapkan adalah mengenai jati diri sebagai seorang Mahasiswa Islam yang berhadapan dengan cabaran dan dugaan sebagai Mahasiswa Salah satu slide yang menjadi maudhuk perbincangan "Teruskan perjuangan MAHASISWA/I! Kalianlah bakal duta penyelamat dan kasih sayang kepada masyarakat di luar sana"

Kem Remaja Excellent di Demong Beach Resort, Terengganu

Image
Itqan Partners Training dan Consultancy (ITC) mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah selesai mengendalikan program Kem Remaja Excellent anjuran Kolej Komuniti Pasir Mas, Kelantan. Program selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Demong Beach Resort, Besut Terengganu dan disertai oleh seramai 37 orang perserta iaitu 13 lelaki dan selebihnya ialah peserta perempuan. Semuanya ialah pelajar dari Kolej Komuniti Pasir Mas sendiri. ITC telah menggunakan konsep PLB dalam program ini iaitu Progressive , Leadership dan Brilliant. Konsep ini secara umumnya ialah untuk menghasilkan seorang individu yang mempunyai sikap dan pemikiran yang dinamik selain tidak meninggalkan rasa bertuhan di dalam diri. Kami sangat meyakini bahawa konsep ini pasti akan mmberi manfaat yang tidak sedikit kepada para peserta. Alhamdulillah respon dari para peserta sangat menggembirakan kami. Berikut antara penilaian yang kami perolehi dari para peserta- i)Komen keseluruhan program: ~Alhamdulillah,

TAHNIAH....atas kejayaan U.P.S.R

Image
kami dari ITC MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM U.P.S.R YANG DI UMUMKAN BARU-BARU INI. Semoga kejayaan adik-adik menjadi motivasi untuk terus maju dan cemerlang untuk peperiksaan akan datang. Kejayaan ini membuktikan bahawa adik-adik berusaha bersungguh-sungguh dalam menggapai kejayaan. Berikanlah kejayaan adik-adik ini kepada Ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan sekolah. Ibubapa dan Guru-guru semestinya berasa gembira atas kecemerlangan ini dan berharap pelajar-pelajar semua teruskan kecemerlangan untuk masa hadapan. Sebagai seorang pelajar yang berjaya, kita jangan lupa anugerah yang diberikan oleh Allah kepada kita dan janganlah dengan kejayaan ini menjadikan kita tidak perlu perlu berusaha lagi selepas ini. Ingatlah masa hadapan masih panjang yang memerlukan kesabaran , dan cabaran besar yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar sekalian. Kepada adik-adik yang kurang berjaya, I.Allah pada waktu dan saat ini, marilah adik-adik semua, kita n

Bengkel "SMART" Skill Bicara Berkesan-ITC

Image
Pasir Mas- 29 oktober 2010 , satu Bengkel telah diadakan di K.K.T.M Pasir Mas iaitu " BENGKEL SMART SKILL BICARA BERKESAN yang julung kali diadakan dan ITC sebagai penganjur dan juga Motivator bagi Bengkel ini, Tujuan Bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan cara mengfokoskan kepada pengucapan awam dan bagaimana hendak menjadi seorang pelajar yang boleh berkomunikasi secara berkesan dan baik. Dalam bengkel ini, motivator ITC memberi beberapa tip atau cara bagaimana untuk berkomunikasi dan lebih-lebih lagi sebagai pelajar yang mewakili persatuan yang seharusnya berkomunisaki dengan cara yang baik dan berkesan. Bengkel bermula pada jam 9 pg dan berakhir pada 12 T.Hari yang menghimpunkan pelajar seramai 40 orang yang menuntut di Kolej Kemahiran Tinggi itu. Dalam bengkel ini, pelajar diberi tugas untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan mereka melalui bahan-bahan yang disediakan oleh ITC kepada pelajar. Sebagai seorang pelajar dan juga perwakilan/ pemimpin seharusnya kita melat

Kem "Motivasi dan SMART Solat" anjuran ITC.

Image
ITC Akan mengadakan Kem Motivasi & SMART solat kepada pelajar rendah dan menegah, maklumat program seperti mana berikut:- Pengenalan: Solat adalah salah satu daripada rukun Islam yang ke-2. Ia merupakan perkara yang penting sebagai kewajipan atau tanggungjawab kepada orang Islam. Anak-anak mestilah diajar dan dididik agar mereka dapat mengetahui betapa pentingnya solat dalam kehidupan ini. Masalah keruntuhan akhlak berlaku pada masa kini adalah kerana mereka mengabaikan solat dan tidak mengetahui kepentingan disebalik menunaikan solat. Justeru kami menawarkan atau mengadakan “MONSON CAMP - KEM MOTIVASI & SMART SOLAT” mudah-mudahan program ini mengajar pelajar tentang kepentingan solat, bacaan dalam solat, praktikal dan sebaginya selain itu kami berusaha menyedari pelajar tentang hubungan dengan ibubapa, guru dan rakan-rakan. Apa yang kami harapkan program ini dapat melahirkan generasi yang soleh dan mampu menjadi manusia yang lebih cemerlang terutama daripada sudut ibadah, men

"MOTIVASI SAAT AKHIR"- Anjuran Itqan Event Management

Image
Bachok-Melawi: Satu program motivasi telah diadakan dengan penuh kecerian dan penuh keseronokan kerana kami dijemput pada bulan yang mulia ini untuk menghadiri satu program motivasi iaitu program "Belajar saat akhir" yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok Kelantan. program ini terdiri daripada adik-adik yang bakal menduduki Ujian Penilian Sekolah Rendah (U.P.S.R) tidak lama lagi. Program ini adalah di bawah guru Kaunseling iaitu Cikgu Pn. Ida Rosmawati yang baru sahaja bertugas disekolah tersebut. Pada motivasi ini, adik-adik bersama dengan Motivator yang tidak asing lagi di kelantan iaitu En. Muizzudin Mukhtar dan juga pembantunya Mohd Khairul Anwar Nawi sebagai jemputan dalam motivasi ini. Program ini didedahkan kepada adik-adik tentang pentingnya mereka mengadakan hubungan dengan Allah supaya kejayaan bukan di dunia sahaja tetapi kejayaan di akhirat juga sangat dititikberatkan. Selain itu, tip untuk menjadi pelajar terbaik juga turut disampikan di samping m

promosi Ramdhan buat adik-adik Rendah& Menengah

Image
Dikesempatan ini, kami mengucapkan selamat menyambut bulan Ramdhan al-Mubarak kepada semua pengunjung yang terus memberi sokongan dalam menjalankan motivasi yang terbaik untuk anda semua. Gunakan kesempatan pada bulan ini memperbanyakan amalan soleh yang akan menjadi kebangaan kepada ibu bapa, dan guru-guru kita. Banyakan pada bulan ini dengan melakukan berbagai amalan yang berfaedah supaya kita semua mendapat pahala dari Allah yang Maha Esa. pada Bulan ini, kami menawarkan perkhidmatan kepada semua pengunjung dengan memberikan modul yang bertajuk " Ramdhan istimewa pelajar'. i.allah kami akan memberikan yang terbaik untuk anda semua. Semoga usaha yang kita lakukan pada bulan ini, agar menjadi bekalan kita di akhirat kelak dan disana kita akan menadapat hasil iaitu pahala..i.allah..

PROMOSI HEBAT!! jangan lepaskan..

Image
kami menyediakan yang terbaik untuk anda semua..

MOTIVASI PEPERIKSAAN-SEMINAR PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN

Image
Kota Bharu- Rabu, 16 Jun telah berlangsung seminar pecutan akhir peperiksaan yang diadakan di Hotel Raudhah, Kota Bharu Kelantan sempena cuti sekolah jun 21010. Seminar ini adalah anjuran Amalan Belajar Sdn.Bhd dengan kerjasama Itqan Event Management. Sasaran bagi seminar ini terbuka kepada sekolah rendah dan menegah yang berminat untuk menyertai. Dalam seminar ini pelajar akan bersama-sama dengan pakar motivasi iaitu Dr. Syukri dan juga Azir Ismail yang membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. Melihat kepada situasi sekarang, ramai daripada pelajar gemar belajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Mereka lazimnya berusaha berhabis-habisan di bulan-bulan terakhir menjelang peperiksaan. Seminar pecutan akhir peperiksaan boleh membantu pelajar dalam membuat persiapan akhir yang lebih intensif, bijaksana dan berkesan. Antara fokos utama seminar ini adalah untuk mendorong serta membantu pelajar agar mereka bijak menggunakan sepenuhnya baki m

Seminar Bijak Belajar bersama Dr. Syukri

Image
Kota Bharu-Seminar Bijak Belajar sekali lagi telah diadakan di Perdana Resort, PCB bagi melonjakkan prestasi Akademik pelajar-pelajar rendah dan menengah dengan memberi motivasi dan juga teknik belajar yang efektif, matlamat peperiksaan yang khusus dan mencabar, pengurusan masa yang berkesan serta tindakan susulan yang konkrit ,tidak memberi impak dan kesan yang diharapkan. Seminar ini telah dianjurkan oleh Amalan Belajar Sdn. Bhd dengan kerjasama Itqan Event Management, Kota Bharu. Dalam Seminar Bijak Belajar yang dianjurkan, motivasi yang diterap diperkukuhkan dengan dengan amalan pelajar cemerlang yang konkrit. Ini membolehkan peserta mengaplikasikannya serta merta selepas seminar. Ramai dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang menyertai seminar ini dengan harapan mereka dapat mengambil input yang berguna apabila pulang nanti. pengarah Urusan Acara Itqan, Muhd Muizzuddin Mukhtar berkata, kebanyakan pelajar yang cemerlang, pandai mengurus masa, di mana mereka bukan men

Membimbing Anak Cemerlang bersama Dr. Syukri

Image
Kota Bharu- 14 Nov 2009 yang lalu telah diadakan seminar sehari untuk Ibubapa iaitu Seminar Membimbing Anak Cemerlang yang berlangsung dengan jayanya di Perdana Resort, PCB dekat sini. Seminar ini adalah anjuran Amalan Belajar Sdn. Bhd dengan kerjasama Itqan Evant Management (KB). Seminar ini telah menarik ramai penyertaan daripada ibubapa yang berminat untuk menyertai seminar yang hebat ini dalam mendidik anak mereka agar cemerlang di dalam peperiksaan dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Antara objektif seminar ini adalah untuk membekalkan prinsip & teknik untuk membantu anak agar cemerlang dalam pelajaran, berwawasan, bijak mengurus masa, pandai memilih kawan, beradab serta berakhlak mulia. Seminar ini juga turut menampilkan ibubapa kepada Nik Nur Madihah, pelajar terbaik SPM yang merupakan pelajar terbaik negara, iaitu Pak nik Kamal dan Pn Maryam. Agenda seminar pada sesi pertama bersama Dr Syukri dan isteri Pn Khatijah Zakaria. Sesi kedua pula perkong

Wajah baru iTQAN EVENT MANAGEMENT

assalamualaikum buat pengunjung semua .. kami dari Syarikat itqan Event Management yang menjadi perunding Latihan dan motivasi ANDA menjemput untuk bersama-sama dalam memberi info berkenaan dengan motivasi kepada ANDA semua. Kami akan mempromosikan perkhidmatan Utama iaitu : 1) perunding Latihan & Motivasi kepada ANDA semua. Kaedah yang kami gunakan dalam penyampaian adalah : -Multimedia rich content dengan grafik, video dan muzik yang menarik dan menghiburkan ANDA semua. -Penggunaan Buku Modul Kerja atau Kertas Modul Kerja (secara PERCUMA) 2) Penerbitan Bahan Ilmiah iaitu Quranic Group (QG) yang merupakan satu siri kefahaman untuk ANDA mendalami Asas-Asas Ajaran Islam. Qg yang diterbitkan ini sebanyak 11 siri disusun dan disesuaikan untuk semua golongan pembaca bertujuan untuk memberi gambaran dan pendedahan berkaitan dengan Asas-asas Ajaran Islam yang suci. penyusunan Quranic Group (QG) ini merangkumi perkara Asas Fardhu Ain, Ibadat, fikrah, sirah, tajwid, kefahaman Ayat-ayat al-