Posts

Showing posts from February, 2021

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

BANGUNLAH DAN BANGKITLAH!

Image
BANGUNLAH DAN BANGKITLAH! Walaupun berPKP dan terpaksa berada di rumah, bangun dan bangkit pada waktu PAGI sangat penting kerana terdapat banyak kebaikkan. 8 KEBAIKAN BANGUN DAN BANGKIT PADA WAKTU PAGI . 1. Membuka pintu rezeki Rezeki ini pemberian Allah dan rezeki mempunyai kunci untuk dibuka. Waktu pagi adalah waktu Allah melapangkan pintu rezeki yang luas untuk kita. Ambillah pemberian Allah ini, jangan pula lalai dan malas sehingga kita dapat rugi. . 2. Penuh dengan berkat Berkat dan barakah itu penting kerana ia memberi nikmat syukur dan sabar pada diri serta mendapat kemuliaan. Bagunlah untuk kita jadi orang yang diberkati Allah. Nabi Muhammad S.A.W pernah berdoa, اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا “Ya Allah, berkatilah umatku di waktu paginya.” (HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212 dan Ibnu Majah no. 2236) . 3. Mendapat keampunan Allah Sekiranya di pagi hari kita berniat baik dan buat kebaikan, maka sudah pasti Allah memberi pengampunan terhadap segala dosa kelmari