Posts

Showing posts from 2017

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

BICARA MACAM PRO| APA YANG AKAN KITA BELAJAR DALAM KELAS INI?

Image
Apa yang tuan dan cikpuan akan belajar dalam kelas ini? == 💡 LESSON 1: ME - BAGAIMANA DIRI SENDIRI MENGENDALI KOMUNIKASI, BICARA DAN PENGUCAPAN AWAM. Anda akan meningkatkan lagi daya pengaruh komunikasi dengan gaya penuh yakin serta mengetahui proses di dalam komunikasi. Hilang rasa gemuruh, resah, takut serta mengetahui bagaimana mengendalikan perasaan dan pemikiran dalam berbicara, komunikasi serta pengucapan awam menjadi LEBIH PRO!!! . . 💡 LESSON 2: MANAGEMENT - BAGAIMANA DIRI SENDIRI MENGGUNAKAN DAN APLIKASI TEKNIK KOMUNIKASI, BICARA DAN PENGUCAPAN AWAM. Anda akan mengetahui teknik praktikal bagi permulaan, pertengahan dan pengakhiran di dalam komunikasi, bicara dan pengucapan awam. Teknik juga menekankan berkaitan bagaimana lisan dan bukan lisan berfungsi bagi memberi impak baik di dalam komunikasi, bicara dan pengucapan awam supaya menjadi LUAR BIASA!!! . . 💡 LESSON 3: MATERIAL - BAGAIMANA MENYEDIAKAN BAHAN DAN ALATAN DALAM KOMUNIKASI, BICARA DAN PENGUCAPAN AWAM. Anda

BICARA MACAM PRO | 4 PERKARA BUATKAN MEREKA CEMERLANG DALAM BICARA

Image
Bila saya melihat orang-orang yang hebat dalam berbicara, berkomunikasi dan pengucapan awam, saya mendapati mereka mempunyai 4 perkara yang membuatkan mereka cemerlang. 4 perkara ini menjadi pengukur bagi seseorang itu dan ianya perlu dihubungkaitkan kerana semua itu terletak pada diri sendiri dan dorongan orang lain. Apa 4 perkara yang saya ingin maksudkan?. Ianya adalah 4 D . . . . . . . . 1. Desire (Keinginan) Ia bermula dengan niat dan keinginan dalam kita berbicara, berkomunikasi dan pengucapan awam. Apabila keinginan itu lahir dari sikap kita sendiri sudah pasti akan ada usaha untuk melahirkan minat dan mencari kemahiran bagi menuju kepada pencapaian yang diinginkan. Akan tetapi, hanya ada keinginan tidak cukup. . . 2. Decision (Keputusan Pilihan) Keinginan perlulah digabungkan dengan keputusan pilihan yang betul kerana ianya menjadikan anda terus berusaha, cuba mencari jalan yang terbaik dan mengatasi halangan diri dalam berbicara, berkomunikasi dan pengucapan awam.

BICARA MACAM PRO | PERHATI ORANG HEBAT BUAT

Image
Antara cara terbaik untuk menjadikan bicara, komunikasi dan pengucapan awam menjadi lebih baik adalah memerhati dan mendengar ucapan orang yang hebat atau ikon yang kita minati. Banyak cara untuk memerhatikannya, contoh seperti menghadiri seminar, ceramah atau kursus yang dianjurkannya, melihat rakaman yang dibuatnya di dalam FB atau IG, melihat rakamannya dalam CD atau layari youtube. . . . . . . . . Saya syorkan, perhatikan 3 perkara ini dan anda boleh berikan gred penilaian 1 hingga 10. 1. Perhatikan cara dia menyusun ucapan (LOGOS). Bagaimana cara ucapan pembukaan, peralihan kepada isi, penerangan dan penggunaan contoh, menetapkan skrip, menyimpulkan dan penutupannya. . 2. Perhatikan cara dia menguasai pentas (ETHOS). Bagaimana dia menguasai pentas dengan berjalan, berhenti, bergerak, bertanya, memakai pakaian, menggunakan alatan dan etika kendaliannya di pentas. . 3. Perhatikan cara dia menarik minat pendengar (PATHOS). Bagaimana dia membuat mimik muka, int

BICARA MACAM PRO | 3 KOMPONEN MESEJ

Image
Dalam kita berbicara, berkomunikasi ataupun membuat pengucapan, ada 3 kompenan yang perlu dititik beratkan kerana ia akan memberi mesej berkesan buat pendengar. 3 kompenan ini perlulah digabungkan supaya mesej yang kita sampaikan itu menjadi 90-100% berkesan. . . . . . . 1. Perkataan (7%) Mesej melalui perkataan yang kita sampaikan itu perlulah difahami pendengar. Walaubagaimanapun tak mencukupi kita hanya keluarkan mesej melalui perkataan tersusun elok dengan tatabahasa betul sahaja kerana 'mood' pendengar akan boleh jadi bosan. 2. Nada (38%) Mesej juga terhasil dari nada suara kerana dengan nada suara ia boleh mengubah keseluruhan makna perkataan dan mungkin nada suara atau intonasi itu mengubah menjadi perasaan. Akan tetapi perkataan dan nada suara tidak cukup untuk mengekalkan fokus pendengar. 3. Tubuh (55%) Bahasa badan sangat penting kerana bahasa badan dapat dilihat dan dinilai oleh pendengar. Bahasa badan ini dianggap seperti gambaran visual dan ge

Testimoni Kaunselor Kepada Slot Motivasi ITC (1)

Image
Alhamdulillah komen yang  Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) perolehi dari kaunselor SM Sains Faris Petra, Pengkalan Chepa. Slot yang kami kendalikan bertumpu kepada isu generasi Z yang telah dilanda dengan teknologi dan penggunaan gadget yang melampau. Ada sebahagian remaja generasi Z lebih cenderung bergaul secara 'online' hingga hilang adab dalam pergaulan secara 'offline' sama ada dengan ibu bapa, guru atau kawan-kawan mereka. Melalui modul yang dibina, kami berkongsi dengan remaja-remaji ini bahawa teknologi itu umpama 'pisau pemotong sayur'. Jika digunakan untuk potong sayur, maka dapatlah akan kebaikannya. Tetapi jika disalahgunakan sebagai contoh diguna untuk membunuh, maka hal yang sebaliknya akan diperolehi. Begitulah juga penggunaan teknologi. Modul dibina berkonsepkan aktiviti interaktif 2 hala antara kami dengan mereka, supaya dalam keadaan seronok ikuti aktiviti, mereka dapat sesuatu untuk dibawa balik bagi tinda

ITC - Tawaran Program Motivasi Pasca UPSR & PT3 2017

Image
(Klik gambar untuk imej yang lebih besar) Bismillah. Bagi guru-guru khususnya kaunselor atau unit kaunseling yang sedang merancang pengisian untuk pelajar selepas peperiksaan, In syaa Allah kami  Itqan Partners Training & Consultancy (ITC)  sedia membantu. Dipersilakan rujuk poster yang kami telah naikkan itu. Atau boleh terus hubungi kami di talian 0134058718 (Whatsapp/call) # nikkamal # muizmukhtar # itctraining # programpascaexam

ITC - Tarikh Peperiksaan Penting 2017 Yang Ramai Tertanya-tanya

Image
Kami belanja poster ini, bagi yang selalu tertanya-tanya bila tarikh peperiksaan penting tahun ini (2017). Ketika ini, peperiksaan UPSR telah tamat. Yang terdekat ialah peperiksaan PT3. Jom sama-sama kita doakan kecemerlangan untuk para pelajar kita. FREE TO SHARE

Sinergi ITC Untuk MARA Johor

Image
Alhamdulillah, selesai sudah program Latihan Pembentukan Usahawan (LPU1) anjuran MARA Johor dengan kerjasama PSU Management & Services. Program ini selama 5 hari dan ia di adakan di Pulai Springs Resort Johor. Alhamdulillah, ITC diberi peluang untuk bersinergi dengan PSU Management & Services. Kami rasa bertuah kerana dipilih oleh pihak syarikat PSU sebagai tenaga pengajar bagi membimbing dan berkongsi buat usahawan-usahawan di bawah MARA Johor ini. Di samping kami berkongsi, kami  juga turut sertai untuk turut menimba ilmu yang ada di sana.  Mudah-mudahan setiap slot yang dijayakan membantu para usahawan untuk meneruskan aktiviti perniagaan mereka dengan lebih hebat In syaa Allah. # muizmukhtar # cuitcuitminda # marajohor # latihanpembentukanusahawan

ITC Sebagai Klien Projek Semester Akhir

Image
(Klik gambar untuk imej yang lebih besar) Alhamdulillah dan terima kasih kami ucapkan buat Tuan Syukran Jusoh, mahasiswa dari UiTM Kampus Puncak Alam kerana memilih ITC sebagai klien untuk projek akhir semesternya bagi bidang Printing Technology Department. Kami juga merakamkan kesyukuran kerana telah dikhabarkan projek akhirnya ini telah berjaya dan lulus. Tahniah kami ucapkan buat orang muda yang mempunyai bakat besar ini. InsyaAllah, bagi mana-mana mahasiswa/i yang ingin jadikan ITC sebagai icon atau klien projek  bagi subjek pengajian, kami sangat berbesar hati untuk menerimanya. Tak lupa juga bagi mahasiswa/i yang ingin jadikan ITC sebagai destinasi praktikum, insyaAllah kami sedia menerimanya sekiranya lulus syarat permohonan. Kami tampilkan antara hasil tangan beliau sebagaimana gambar-gambar tersebut: Fail poket  (Klik gambar untuk imej yang lebih besar) Kad bisnes dan kod yang boleh diakses  (Klik gambar untuk imej yang lebih besar) Tur

Terbaru! Ebook Karya Tuan Muizzuddin Mukhtar

Image
44 Catatan Cuit-Cuit Minda di Facebook ini ialah koleksi tulisan pandangan, buah fikiran dan idea terbaik yang dipilih oleh Tuan Muiz di dinding facebooknya sejak 2012 sehingga 2016 Ini ialah maklumbalas yang diterima oleh mereka yang telah membaca ebook ini. (Klik imej untuk lihat dengan lebih jelas) Testimoni lagi dari mereka yang telah membacanya. (Klik imej untuk lihat dengan lebih jelas) Ini ialah isi kandungan ebook ini. (Klik imej untuk lihat dengan lebih jelas) Adakah tuan dan cikpuan juga berminat untuk mendapatkannya secara PERCUMA? Mohon ke FB Tuan Muiz di link ini - https://www.facebook.com/muizzuddin.mukhtar atau klik gambar FB Tuan Muiz di bahagian kanan blog ini di ruangan Trainer di Facebook. Sekian, kami teruja!