Posts

Showing posts from October, 2017

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

BICARA MACAM PRO | PERHATI ORANG HEBAT BUAT

Image
Antara cara terbaik untuk menjadikan bicara, komunikasi dan pengucapan awam menjadi lebih baik adalah memerhati dan mendengar ucapan orang yang hebat atau ikon yang kita minati. Banyak cara untuk memerhatikannya, contoh seperti menghadiri seminar, ceramah atau kursus yang dianjurkannya, melihat rakaman yang dibuatnya di dalam FB atau IG, melihat rakamannya dalam CD atau layari youtube. . . . . . . . . Saya syorkan, perhatikan 3 perkara ini dan anda boleh berikan gred penilaian 1 hingga 10. 1. Perhatikan cara dia menyusun ucapan (LOGOS). Bagaimana cara ucapan pembukaan, peralihan kepada isi, penerangan dan penggunaan contoh, menetapkan skrip, menyimpulkan dan penutupannya. . 2. Perhatikan cara dia menguasai pentas (ETHOS). Bagaimana dia menguasai pentas dengan berjalan, berhenti, bergerak, bertanya, memakai pakaian, menggunakan alatan dan etika kendaliannya di pentas. . 3. Perhatikan cara dia menarik minat pendengar (PATHOS). Bagaimana dia membuat mimik muka, int

BICARA MACAM PRO | 3 KOMPONEN MESEJ

Image
Dalam kita berbicara, berkomunikasi ataupun membuat pengucapan, ada 3 kompenan yang perlu dititik beratkan kerana ia akan memberi mesej berkesan buat pendengar. 3 kompenan ini perlulah digabungkan supaya mesej yang kita sampaikan itu menjadi 90-100% berkesan. . . . . . . 1. Perkataan (7%) Mesej melalui perkataan yang kita sampaikan itu perlulah difahami pendengar. Walaubagaimanapun tak mencukupi kita hanya keluarkan mesej melalui perkataan tersusun elok dengan tatabahasa betul sahaja kerana 'mood' pendengar akan boleh jadi bosan. 2. Nada (38%) Mesej juga terhasil dari nada suara kerana dengan nada suara ia boleh mengubah keseluruhan makna perkataan dan mungkin nada suara atau intonasi itu mengubah menjadi perasaan. Akan tetapi perkataan dan nada suara tidak cukup untuk mengekalkan fokus pendengar. 3. Tubuh (55%) Bahasa badan sangat penting kerana bahasa badan dapat dilihat dan dinilai oleh pendengar. Bahasa badan ini dianggap seperti gambaran visual dan ge

Testimoni Kaunselor Kepada Slot Motivasi ITC (1)

Image
Alhamdulillah komen yang  Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) perolehi dari kaunselor SM Sains Faris Petra, Pengkalan Chepa. Slot yang kami kendalikan bertumpu kepada isu generasi Z yang telah dilanda dengan teknologi dan penggunaan gadget yang melampau. Ada sebahagian remaja generasi Z lebih cenderung bergaul secara 'online' hingga hilang adab dalam pergaulan secara 'offline' sama ada dengan ibu bapa, guru atau kawan-kawan mereka. Melalui modul yang dibina, kami berkongsi dengan remaja-remaji ini bahawa teknologi itu umpama 'pisau pemotong sayur'. Jika digunakan untuk potong sayur, maka dapatlah akan kebaikannya. Tetapi jika disalahgunakan sebagai contoh diguna untuk membunuh, maka hal yang sebaliknya akan diperolehi. Begitulah juga penggunaan teknologi. Modul dibina berkonsepkan aktiviti interaktif 2 hala antara kami dengan mereka, supaya dalam keadaan seronok ikuti aktiviti, mereka dapat sesuatu untuk dibawa balik bagi tinda

ITC - Tawaran Program Motivasi Pasca UPSR & PT3 2017

Image
(Klik gambar untuk imej yang lebih besar) Bismillah. Bagi guru-guru khususnya kaunselor atau unit kaunseling yang sedang merancang pengisian untuk pelajar selepas peperiksaan, In syaa Allah kami  Itqan Partners Training & Consultancy (ITC)  sedia membantu. Dipersilakan rujuk poster yang kami telah naikkan itu. Atau boleh terus hubungi kami di talian 0134058718 (Whatsapp/call) # nikkamal # muizmukhtar # itctraining # programpascaexam