Posts

Showing posts from December, 2010

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

ITC bersama pelajar Mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Image
Alhamdulillah, ITC baru sahaja bersama mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri di Sweet Beach Resort. Tajuk 'Jatidiri Mahasiswa Muslim' telah menjadi wasilah penghubung di antara kami dengan mereka. Inilah keramaiannya. Seramai 143 orang yang hadir ke program ini Salah seorang motivator ITC memulakan motivasinya dengan skillnya yang tersendiri Trend kampus sekarang- Muslimat lebih ramai dari muslimin MODUL: "Kuasai minda anda" Motivator ITC menyampaikan slot Muhasabah kepada Mahasiswa Islam, konsep yang ingin diterapkan adalah mengenai jati diri sebagai seorang Mahasiswa Islam yang berhadapan dengan cabaran dan dugaan sebagai Mahasiswa Salah satu slide yang menjadi maudhuk perbincangan "Teruskan perjuangan MAHASISWA/I! Kalianlah bakal duta penyelamat dan kasih sayang kepada masyarakat di luar sana"

Kem Remaja Excellent di Demong Beach Resort, Terengganu

Image
Itqan Partners Training dan Consultancy (ITC) mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah selesai mengendalikan program Kem Remaja Excellent anjuran Kolej Komuniti Pasir Mas, Kelantan. Program selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Demong Beach Resort, Besut Terengganu dan disertai oleh seramai 37 orang perserta iaitu 13 lelaki dan selebihnya ialah peserta perempuan. Semuanya ialah pelajar dari Kolej Komuniti Pasir Mas sendiri. ITC telah menggunakan konsep PLB dalam program ini iaitu Progressive , Leadership dan Brilliant. Konsep ini secara umumnya ialah untuk menghasilkan seorang individu yang mempunyai sikap dan pemikiran yang dinamik selain tidak meninggalkan rasa bertuhan di dalam diri. Kami sangat meyakini bahawa konsep ini pasti akan mmberi manfaat yang tidak sedikit kepada para peserta. Alhamdulillah respon dari para peserta sangat menggembirakan kami. Berikut antara penilaian yang kami perolehi dari para peserta- i)Komen keseluruhan program: ~Alhamdulillah,