Posts

Showing posts from January, 2011

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

ITC di SMK Kubang Bemban, Pasir Mas Kelantan (sekolah bestari)

Image
ITC telah diberi peluang untuk bersama adik-adik pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 sekolah bestari iaitu SMK Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Alhamdulillah, respon mereka di dalam ceramah motivasi kami sangat memberangsangkan. ITC ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mem'bangun'kan mereka. :) Semoga berjumpa lagi. ITC memahami anda! :)

ITC di SK Kedai Buloh, PCB, Kelantan

Image
ITC telah berbesar hati untuk menerima jemputan dari pihak SK Kedai Buloh bagi memberikan motivasi kepada adik-adik darjah 6 yang akan menghadapi UPSR tahun ini. Alhamdulillah, saudara Anwar selaku motivator 2 ITC telah menyampaikan tips dengan jayanya. Semoga adik-adik akan semakin syok untuk belajar. Semoga berjumpa lagi. ITC memahami anda! :)

ITC di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan

Image
Alhamdulillah, ITC telah berpeluang bersama tenaga penggerak dakwah di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Kali ini ITC telah berkongsi kemahiran bagaimana untuk menawan hati sasaran dakwah khususnya di dalam usrah. ITC berharap segala idea yang telah dikongsi akan dapat dipraktikkan oleh adik-adik Naim untuk kelangsungan dakwah mereka. Semoga berjumpa lagi. ITC memahami anda! :)

ITC di Kg Bagan Atas, Pulai Chondong, Machang, Kelantan

Image
Sekalung penghargaan dari ITC kepada Persatuan Mahasiswa Kelantan (PERDANA) UKM, Bangi kerana telah menjemput saudara Muiz selaku Pengurus Utama ITC untuk menjadi salah seorang panel dalam Forum Perdana anjuran mereka. Ianya bersempena program bakti siswa yang dijalankan untuk membantu masyarakat di Kampung Bagan Atas, Pulai Chondong, Machang, Kelantan. Diharapkan segala perkongsian akan dapat memberikan manfaat kepada para audien. Semoga bertemu lagi. ITC memahami anda! :)

ITC di SMU Hidayah Islamiah, Bachok, Kelantan

Image
ITC ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan SMU Hidayah Islamiah, Bachok Kelantan kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk memberi motivasi kepada para pelajarnya. Semoga ianya dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk kemajuan sekolah. Semoga bertemu lagi. ITC memahami anda! :)

Syoknya Belajar!

Image

ITC di SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kelantan

Image
ITC telah mendapat jemputan dari pelajar-pelajar yang menganggotai pimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SMKA Falahiah untuk menyampaikan motivasi bertajuk 'Konsep Amar Ma'ruf Nahi Munkar' bersempena program 'Taaruf Week' di sekolah tersebut. Ianya diadakan pada 22 Januari 2011 bertempat di masjid SMKA Falahiah. Slot kali ini dikendalikan oleh saudara Kamal, selaku motivator 3 ITC. ITC sangat berpuas hati dengan sambutan yang sungguh mengejutkan dari pelajar-pelajar yang mendiami asrama SMKA Falahiah. Masjid sekolah tersebut telah dipenuhi bukan sahaja oleh peserta-peserta program iaitu pelajar tingkatan 1, bahkan ianya juga berjaya me'nangkap' perhatian pelajar-pelajar lain untuk turut sama menyertainya. Kelihatan mereka sangat sukakan pengisian seumpama ini, apatah lagi ketika video-video yang menarik ditayangkan. ITC mendoakan semoga SMKA Falahiah akan subur dengan budaya 'amar ma'ruf nahi munkar' oleh warganya sekaligus dapat mewuj

ITC di SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan

Image
Krew ITC telah dijemput oleh pakar motivasi Kelantan, Cikgu Nik Mat Nik Lib untuk menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'Syok Belajar' di sekolah beliau iaitu SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Slot ini diadakan pada 19 Januari 2011 bertempat di dewan besar sekolah tersebut. Seramai hampir 200 orang pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PMR tahun ini telah menyertai ceramah ini. Selaku mentor ITC, Cikgu Nik Mat Nik Lib ingin melihat dahulu persembahan ITC sama ada bermutu tinggi ataupun tidak. Dengan kata lain, slot kali ini ialah merupakan suatu percubaan penting untuk ITC bagi mendapatkan kepercayaan daripada motivator tersohor tersebut. Alhamdulillah, melalui pemerhatian krew ITC , pelajar-pelajar telah menunjukkan respon yang sangat baik. Saudara Muiz selaku Pengurus Utama ITC telah berjaya menampilkan suatu pengisian yang begitu menarik perhatian mereka. ITC bersyukur kepada Allah apabila mendapat komen yang positif dari Cikgu Nik Mat Nik Lib di akhir s

ITC di Politeknik Kota Bharu,Kelantan

Image
ITC telah dijemput oleh pihak pengurusan Politeknik Kota Bharu, Kelantan untuk memberi ceramah motivasi bertajuk 'Halatuju Mahasiswa' kepada mahasiswa-mahasiswi baru Politeknik Kota Bharu.Ianya diadakan pada 11 Januari 2011 di Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu. ITC memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana rata-rata mahasiswa-mahasiswi telah memberikan respon yang sangat baik dan ITC mendoakan semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada mereka. ITC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Pengarah Politeknik Kota Bharu khususnya kerana telah memberi kepercayaan untuk mengendalikan ceramah ini. Kepada mahasiswa-mahasiswi pula, ITC mendoakan semoga anda sudah mula jelas dengan halatuju anda dan terus berusaha merealisasikannya! Semoga kita berjumpa lagi. ITC memahami anda! :)

ITC bersama Perunding Motivasi tersohor Kelantan

Image
Pada 9 Januari 2011 iaitu hari Ahad, krew ITC telah berkunjung ke SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Kunjungan ini ialah bertujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Nik Muhamad Nik Lib, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan yang juga selaku perunding motivasi terkenal di Kelantan. Pertemuan yang berlangsung selama kira-kira sejam ini cukup bermakna kepada ITC. Banyak ilmu dan maklumat yang telah diperolehi oleh ITC dari beliau yang sememangnya berpengalaman luas dalam mengendalikan latihan motivasi dan kesedaran. Pakar motivasi tersohor di Kelantan ini sudah pun berkecimpung di dalam dunia ini selama lebih kurang 20 tahun. Tidak hairanlah pelbagai perkongsian yang telah diberikan cukup berharga untuk ITC melangkah dengan lebih segar dan mantap untuk masa hadapan. ITC sungguh berbesar hati apabila beliau telah menyatakan kesudiannya untuk menjadi mentor kami. Semoga dengan bimbingan beliau akan memberikan nilai tambah kepada ITC di dal

ITC di SMU Maahad Muhammadi (L), Kota Bharu, Kelantan

Image
ITC telah memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi di SMU Maahad Muhammadi (L), Kota Bharu, Kelantan pada 6 Januari 2011 iaitu hari Khamis. Tajuk 'Tahun Baru,Azam Baru' telah disampaikan oleh saudara Muiz selaku Pengurus Utama ITC. Alhamdulillah, pelajar yang seramai kira-kira 60 orang itu telah memberikan sambutan yang membanggakan. Masjid sekolah tersebut sungguh meriah dengan perbincangan dan kupasan-kupasan 2 hala antara saudara Muiz dan pelajar. ITC ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah kerana telah memberikan kepercayaan untuk menyampaikan slot ini. Semoga ukhuwwah sillaturrahim yang telah terjalin akan sentiasa hidup disirami rahmat Allah. Semoga berjumpa lagi :)

Iklan kami :)

Image
Kami juga akan mempertimbangkan kepada negeri lain jika ada permintaan. InsyaAllah anda tidak akan kecewa dengan 'service'nya :)

ITC di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas, Kelantan

Image
ITC telah dijemput oleh pihak pengurusan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Pasir Mas, Kelantan untuk mengadakan sesi muhasabah kepada pelajar-pelajar baru KKTM pada 31 Disember 2010 (malam tahun baru). Pelajarnya adalah sekitar 100 orang yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Program ini dimulakan pada pukul 9.30 malam di Dewan Istiqamah, KKTM. Untuk slot kali ini, ITC memilih untuk mempersembahkan modul yang dikenali sebagai 'Recall Sentuhan Pelajar'. Modul yang di dalamnya mengandungi pengajaran untuk memantapkan hubungan dengan Allah, Rasul dan ibu bapa ini telah berjaya dihayati oleh para pelajar. Alhamdulillah dengan mengalirnya air mata keinsafan tersebut, ITC berharap ianya dapat menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih baik kepada para peserta. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain masa. ITC akan mengingati anda :)

ITC di Agro Beach Resort bersama pelajar-pelajar Terengganu

Image
ITC telah menyampaikan motivasi bertajuk Remaja Aktif (Anak Soleh) di Agro Beach Resort, Terengganu pada 24 Disember 2010. Kali ini pesertanya ialah pelajar-pelajar yang telah dipilih di seluruh negeri Terengganu. ITC telah dijemput oleh Itqan Training Consultancy, Terengganu untuk memberikan slot tersebut. Alhamdulillah, respon pelajar-pelajar sangat memberangsangkan. ITC berharap semuanya dapat menjadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mengambil berat serta mentaati kedua ibu bapa. Semoga berjumpa lagi :)