Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

ITC di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas, Kelantan

ITC telah dijemput oleh pihak pengurusan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Pasir Mas, Kelantan untuk mengadakan sesi muhasabah kepada pelajar-pelajar baru KKTM pada 31 Disember 2010 (malam tahun baru). Pelajarnya adalah sekitar 100 orang yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Program ini dimulakan pada pukul 9.30 malam di Dewan Istiqamah, KKTM.

Untuk slot kali ini, ITC memilih untuk mempersembahkan modul yang dikenali sebagai 'Recall Sentuhan Pelajar'. Modul yang di dalamnya mengandungi pengajaran untuk memantapkan hubungan dengan Allah, Rasul dan ibu bapa ini telah berjaya dihayati oleh para pelajar. Alhamdulillah dengan mengalirnya air mata keinsafan tersebut, ITC berharap ianya dapat menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih baik kepada para peserta.

Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain masa. ITC akan mengingati anda :)