Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

ITC di SMU Maahad Muhammadi (L), Kota Bharu, Kelantan

ITC telah memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi di SMU Maahad Muhammadi (L), Kota Bharu, Kelantan pada 6 Januari 2011 iaitu hari Khamis. Tajuk 'Tahun Baru,Azam Baru' telah disampaikan oleh saudara Muiz selaku Pengurus Utama ITC. Alhamdulillah, pelajar yang seramai kira-kira 60 orang itu telah memberikan sambutan yang membanggakan. Masjid sekolah tersebut sungguh meriah dengan perbincangan dan kupasan-kupasan 2 hala antara saudara Muiz dan pelajar.

ITC ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah kerana telah memberikan kepercayaan untuk menyampaikan slot ini. Semoga ukhuwwah sillaturrahim yang telah terjalin akan sentiasa hidup disirami rahmat Allah.

Semoga berjumpa lagi :)