ITC di SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan

Alhamdulillah, melalui pemerhatian krew ITC , pelajar-pelajar telah menunjukkan respon yang sangat baik. Saudara Muiz selaku Pengurus Utama ITC telah berjaya menampilkan suatu pengisian yang begitu menarik perhatian mereka. ITC bersyukur kepada Allah apabila mendapat komen yang positif dari Cikgu Nik Mat Nik Lib di akhir slot. Hasilnya, ITC telah diberikan kepercayaan oleh beliau untuk mengendalikan aktiviti kem remaja yang mana peserta-pesertanya terdiri daripada anak-anak veteran tentera bulan 3 nanti :)
ITC ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Nik Mat Nik Lib di atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Kepada adik-adik pelajar tingkatan 3 SMK Belimbing pula, selamat menempuhi gaya hidup baru anda tahun ini. InsyaAllah panjang umur kita akan berjumpa lagi :)
Terima kasih.
ITC memahami anda! :)