Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

KEPERLUAN PERSONAL PROTECTIONAL EQUIPMENT (PPE) KEPADA FRONTLINER KKM KITA

Untuk makluman tuan/puan, kami dari Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) telah menghulurkan kerjasama kepada Unit Amal Bachok dan rakan-rakannya dalam proses menyiapkan face shield untuk diedarkan kepada petugas² & frontliner KKM.
Face shield ini ialah salah satu peralatan yang wajib dipakai oleh frontliner KKM kita untuk menyempurnakan set PPE itu.
Untuk fasa 1, lebih kurang 1000 unit telah disiapkan dan diagihkan.Setakat ini banyak fokus di Kelantan, namun begitu kita juga sudah poskan ke Hospital Klang dan Hospital Tanjung Keramat memandangkan turut ada permintaan di sana.
Mengikut maklumat yang saya perolehi dari rakan-rakan frontliner KKM, sekurang-kurangnya 2-3 set PPE sehari diperlukan oleh mereka.
Dan konsep PPE ini ialah pakai-buang. Lepas selesai tugas, mesti terus dibuang dan tak boleh dipakai lagi.
Cabarannya ialah oleh kerana kes Covid-19 bertambah saban hari, dan frontliner KKM kita juga sudah ditambah, maka keperluan PPE ini tidak mencukupi.
Lebih mencabar ialah, peralatan PPE ini memerlukan kos berterusan yang tidak sedikit untuk menghasilkannya di dalam kuantiti yang banyak.
Dan kita sudah tentu tidak boleh duduk diam dan mesti bantu yang mana boleh mengikut kemampuan kita bukan?
Oleh itu, tuan-puan yang berminat ingin menyumbang dana, boleh whatsapp saya (Nik Kamal) mewakili ITC di nombor telefon ini iaitu 0134058718.
Atau sekurang-kurangnya, tuan-puan share info ini untuk beri peluang kepada orang lain berbakti kepada frontliner kita.
Mudah-mudahan usaha ini dapat membantu sedikit-sebanyak kejayaan mereka yang sedang bertungkus-lumus siang dan malam itu.