Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Gambar program latihan dan motivasi ITC di Kelantan (April 2019)

 SERONOK BEKERJA | Menjalankan tugas bagi menyampaikan motivasi pada guru-guru dari SK Permatang Tok Dik, Kulim Kedah di Pulau Redang.


 STAR.T IBADAH (BENGKEL SOLAT) | Alhamdulillah tuan Nik Kamal bersama semua pelajar tingkatan 1 SMK Zainab 1 dalam program bengkel solat.
.
Kali ini tuan nik Kamal mengendalikan slot secara solo dari pagi sampai tengahari dengan memastikan setiap pelajar enjoy dan fokus terhadap apa yang disampaikan, bukan tugas yang mudah.
.
Namun berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi daripada sifu-sifu sebelum ini, Alhamdulillah tugas ini menjadi mudah bahkan menyeronokkan pula.
.
2 slot utama yang disampaikan dalam modul ini ialah:
1 - solat dan rahsianya
2 - panduan solat sempurna
.
Didoakan membantu para pelajar menitikberatkan di dalam kehidupan mereka tentang aspek solat ini.

 SEMINAR MOTIVASI MEGA KELANTAN 2019| Tahniah dan Terbaik dari kami. Ucapan jutaan terima kasih buat Mpkb Bri, Yayasan Islam Kelantan, Jpn Kelantan dan Gabungan Motivator Kelantan atas usahasama serta kerjasama menjayakan Seminar Motivasi Mega Kelantan 2019.


 KEMBARA PSIKOLOGI | Bersama warga KRT Kg Keroh Kuala Krai di dalam program Kembara Psikologi : Jom Tangani Stres Tahun 2019 anjuran bersama Unit Psikologi & Kaunseling Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pasukan Pelundung Kanak-Kanak Kuala Krai.


 STAR.T PRS | Alhamdulillah 2 slot utama dikendalikan oleh team Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) dalam kursus untuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ini iaitu:
Slot 1 di kendalikan oleh tuan Nik Kamal bagi berkongsi 8 tips bagaimana menghasilkan gerak kerja terbaik sebagai seorang PRS.
Slot 2 pula Tuan Muiz lebihkan kepada Kemahiran kaunseling yang perlu ada pada diri seorang PRS, seperti kemahiran SOLER, REDA, terima seadanya, mendengar, empati, kerahsiaan dan banyka lagi.


 STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tahap 2 dari SK Padang Kala, Kota Bharu Kelantan.


 STAR.T STUDY | Terima kasih buat SMK Kubang Kerian 1 atas jemputan ini. Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.


 MODUL BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) | NUQABA SMA AL-FALAH, KEMAMAN TERENGGANU
.
Alhamdulillah tuan Nik Kamal telah menjayakan modul ini untuk para nuqaba usrah SMA AL-Falah, Kemaman Terengganu. Program dibuat di Awamg Beach Resort, Dungun Terengganu.
.
Antara yang tuan Kamal kongsikan ialah:
- Bestnya usrah
- Bagaimana mengendalikan usrah dengan berkesan
.
Didoakan membantu mereka supaya dapat wujudkan suasana usrah yang hidup dan menyeronokkan.


 SEMINAR GEGAR OTAK | Alhamdulillah program ini sudah edisi 7.0 (Tanah Merah) dan masih mengekalkan gabungan MM Academy dengan kerjasama Itqan Partners Training & Consultancy (ITC). Insha Allah, 8.0 akan di adakan di daerah Pasir Mas pula pada 27hb April ini.


STAR.T FUN | Tahun lepas bersama bos dan pegawai pentadbiran. Kali ini alhamdulillah bersama staf kaunter ar-Rahn pula. Terima kasih diucapkan buat Permodalan Kelantan Berhad (PKB) atas kepercayaan terhadap Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) bagi mengendalikan program Bengkel Perkhidmatan Kaunter dan Komunikasi Berkesan di Hotel Ansar Kota Bharu Kelantan.
.
Alhamdulillah kami dalam program ini menggunakan ilmu Psikologi Kaunseling dan NLP sebagai panduan asas bagi menterjemahkan modul kepada kakitangan/staf ini. Psikologi Kaunseling adalah membantu mereka dalam mengurus konflik, stress dan teknik menggurut emosi pelanggan manakala NLP pula adalah membantu dalam komunikasi berpengaruh melalui verbal dan non-verbal. Ooo..lupa... kami juga menggunakan model Bruce Tuckman sebagai asas pengurusan berorganisasi.

 START STUDY |  Terima kasih buat SK Tok Uban, Pasir Mas Kelantan atas jemputan ini. Moga adik-adik pelajar yang akan menghadapi UPSR itu terus berusaha untuk mencapai matlamat.



START FUN | Alhamdulillah bersama pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat di dalam program Bengkel Komunikasi dan Kaunter Berkualiti.
.
Terima kasih kami ucapkan buat penganjur atas jemputan ini. Kami menyukai tajuk komunikasi ini kerana ini antara kepakaran yang kami ada dengan menggunakan ilmu psikologi kaunseling, NLP dan hipnosis.
.
Di dalam perkongsian ini, kami fokus kepada 2 perkara iaitu Prolog dan Proses.
1. Prolog adalah berkaitan senario dan apa yang berlaku buat pegawai dan staf kaunter serta apakah stres yang di alami mereka.
2. Proses adalah berkaitan cara berkomunikasi dalam verbal dan non-verbal secara berkesan serta menyatakan bagaimana mengawal emosi ketika berhadapan dengan klien.
.
Terima kasih diucapkan buat Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat dengan kerjasama Unit Farmasi Daerah Tumpat.

START STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar PPSR yang di pilih di bawah tajaan empower ECER - UMK di dalam program Awesome Camp Siri 1. Pelajar PPSR ini adalah dari kawasan Bachok dan Gua Musang selama. Terima kasih kami ucapkan buat penganjur atas jemputan. Moga pelajar dapat memahami akan 'setting' di dalam modul STAR.T STUDY.


 SGO | Alhamdulillah bersama peserta dari Seminar Gegar Otak 8.0 Edisi Pasir Mas. Terbaik kami ucapkan buat MM Academy dengan kerjasama Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) atas kejayaan penganjuran Seminar Gegar Otak ini.


 START STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar SMK Ipoh Tanah Merah Kelantan. Kali ini mereka di dedahkan dengan STAR.T STUDY edisi Remaja.
Memandangkan program yang diadakan ini adalah penamat kepada Minggu Disiplin sekolah. Maka edisi Remaja lebih sesuai untuk diterjemahkan buat pelajar. Alhamdulillah ada yang menitiskan air mata di penghujung program.


START STUDY | Jujurnya kami bersimpati pada anak-anak kecil dan remaja ini. Tuan Muiz terlibat secara langsung menjadi ahli lembaga pelawat RKK Mini adalah kerana ingin memberi semangat kepada mereka dan memberi sedikit cebisan bantuan yang termampu bagi mereka tersenyum.
.
Kami tahu walaupun mereka nampak seperti gembira pada luaran, tetapi dalaman mereka sentiasa diseret dengan kedukaan yang menimpa akan diri mereka.
.
Tahniah buat Staf RKK mini Kelantan. Syurga buat kalian kerana menjaga anak-anak ini dengan baiknya.
.
.
Alhamdulillah, bersama dan menyantuni anak-anak Rkkmini Kelantan di dalam program Pemantapan Berpasukan RKKMINI & PAKK Tumpat. Program ini di adakan di Home Beach Resort PCB Kelantan.


BENGKEL SOLAT | Alhamdulillah, tuan Nik Kamal dan team Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) bersama pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 di dalam program Kem Tahsin Solat anjuran SMK Tanjung Mas, Kota Bharu Kelantan.



Bagi tuan/cikpuan yang ingin menjayakan program bersama kami, hubungi/whatsapp kami di talian 0134058718.