Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Gambar program latihan dan motivasi ITC di Kelantan dan Malaysia (Januari 2019)


Bengkel Solat | Alhamdulillah Tuan Nik Kamal bersama pelajar tingkatan 1 dari SMK Kangkung, Pasir Mas di dalam program pemantapan Solat. 


BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) | Alhamdulillah Tuan Nik Kamal bersama Naqib dan Naqibah dari SMK ZAINAB 2. Pertama kali Tuan Nik Kamal menjayakan modul ini kepada pelajar aliran sekolah menengah kebangsaan. Biasanya kepada SMKA, SBP atau MRSM. Pun begitu semangat dan kesedaran yang tinggi dari mereka sebagai perintis generasi awal tarbiah usrah di sekolah melalui agenda Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) benar-benar mengujakan. Didoakan perkongsian seharian tadi memberi manfaat dan membantu kelancaran perjalanan usrah mereka.

STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama anak-anak yatim dan asnaf di dalam program santai Projek RM10. Saya suka bersama anak-anak syurga ini kerana mereka dipilih oleh Allah. Terima kasih saya ucapkan buat pihak penganjur #projekrm10 @ #kerjaamlprojekrm10 yang sentiasa mengambil perhatian terhadap golongan ini.

STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah Tuan Nik Kamal bersama kepimpinan Nuqaba' sekolah SMK(A) Segamat, Johor Bharu. Terima kasih kami ucapkan buat pihak penganjur dan adik-adik yang awesome.

STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar MRSM Pengkalan Chepa Kelantan. Terima kasih saya ucapkan buat penganjur dan adik-adik yang semamangnya awesome.

STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 6 atas dari SMK Kota, Kota Bharu Kelantan. Terima kasih saya ucapkan buat pelajar STPM 2019 serta guru-guru tingkatan 6 yang duduk dari awal sehingga akhir mendengar apa itu STAR.T STUDY dalam bab 1 iaitu 'Setting'. Modul ini mempunyai 4 bab yang boleh di amalkan buat peserta kerana setiap bab ada 'homework' untuk mereka perlu laksanakan.

STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 2 hingga 5 dari SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu Kelantan. Terima kasih buat penganjur atas jemputan ini. Modul kali ini diubah sedikit bagi edisi sahsiah untuk remaja. Alhamdulillah walaupun mereka keletihan di waktu petang, tetapi saya memuji semangat mereka untuk bersama merasai modul STAR.T STUDY ini. Terima kasih sekali lagi, kerana ini adalah jemputan kali ke-6 di sana.

STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 3 dan 5 dari SMK Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas Kelantan. Terima kasih saya ucapkan buat unit kaunseling dan terbaik juga buat adik-adik pelajar yang hebat . Moga modul START Study bab 'Setting' dapat memberi impak di dalam pembelajaran. Inilah modul STAR.T STUDYAlhamdulillah 10 tahun sudah berkhidmat dalam dunia training pelajar yang beroperasi di Kelantan.

Bengkel Solat | Alhamdulillah, kali ini Tuan Nik Kamal bersama pelajar tingkatan 4 dan 5 pula dari MRSM Muadzam Shah, Pahang di dalam program Bengkel SMART Solat Siri 2. Ucapan terima kasih dari ITC buat penganjur dan insyaAllah kami sedia membantu bagi menjayakan program latihan motivasi di tempat anda pula.

START STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 4 dari SMK Ahmad Maher, Kota Bharu Kelantan. Memandangkan peserta ini pada tahun lepas sudah bayak lalui modul 'Setting' START STUDY, kali ini mereka di dedahkan pula dengan modul 'Setting' yang cukup berbeza dari asal.
.
Apa yang mereka lalui adalah proses W.D.E.P. Sebelum ini saya menjelaskan tentang G.R.O.W kepada mereka.
1. Look & Thought (Want)
Pembuktian bahawa remaja, pelajar dan anak perlu kepada perubahan serta azam baru. Kerana mereka sekarang sudah melalui satu transisi baru dalam perkiraan umur, pembelajaran dan tahap pemikiran.
.
2. Context & Content (Direction)
Remaja, pelajar dan anak ingin berubah untuk mencapai kejayaan. Tetapi mereka perlu tahu yang Allah sudah bagi arah dan panduan di dalam Al-Quran dalam surah Al-Mu'minun dari ayat 1-11.
.
3. Motive & Action (Evaluation dan Plan)
Penilaian 2018 di buat (muhasabah) bagi perancangan 2019 (tindakan susulan).
.
Moga proses ini dapat disemai dan menjadi panduan. Alhamdulillah, saya dapat tahu dari pihak sekolah bahawa PT3 tahun lapas adalah PT3 terbaik yang telah dicapai oleh mereka. Alhamdulillah tahniah.

Bagi tuan/cikpuan yang ingin menjayakan program bersama kami, hubungi/whatsapp kami di talian 0134058718.