Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Gambar program latihan dan motivasi ITC (November 2018)

STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar baru panggilan kedua dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Lembah Sireh, Kota Bharu Kelantan di dalam program Jalinan Mesra dan Membina Hubungan KPTM. Moga modul START STUDY ini boleh membantu pelajar lebih jelas matlamat mengapa mereka datang ke KPTM KB.


Bengkel Usrah Terbaik | Alhamdulillah Tuan Nik Kamal bersama nuqaba' dari SMKA Segamat Johor. Fokus modul ini ialah set minda mereka bahawa tanggungjawab sebagai naqib/naqibah sangat mulia di sisi Allah SWT. Diceritakan juga kepada mereka tentang sejarah, dalil dan bukti tentang hebatnya sistem sokongan hidup melalui tarbiah usrah ini. In syaa Allah jika ada rezeki, modul 2 iaitu Bagaimana Menjadi Nuqaba Profesional dan modul 3 iaitu Teknik Mengendalikan Usrah Berkesan bakal menemui mereka tahun 2019 nanti. Terima kasih banyak-banyak kepada penasihat BADAR SMKA Segamat Ustaz Hadi di atas jemputan ini.


START LEADERSHIP | Alhamdulillah bersama pelajar SMS Tengku Muhammad Faris Petra Kota Bharu, Kelantan di dalam program ceramah perdana Maulidur Rasul.
Kami cuba menterjemahkan Maulidur Rasul kepada maulidur risalah. Kami tidak menumpukan kepada bagaimana menyambut kelahiran Nabi Muhammad tetapi bagaimana sirah perjuangan Nabi Muhammad boleh diserap dalam diri kita. Kami masih ingat lagi kupasan yang dibuat oleh Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman tentang 7 surah yang melukis sirah perjuangan Rasulullah S.A.W. Dan 7 surah ini adalah sebuah kronologi tentang perjalanan hidup Rasulullah.

Bermula dengan;
1. Surah Al Fil ( Tentang tentera Abrahah - Kelahiran Nabi)
2. Surah Quraysh (Tentang bangsa Quraysh - Nabi dibesarkan dari bangsa ini)
3. Surah Al-Ma'un (Tentang Quraysh semakin dusta- Nabi mula berdakwah 13 tahun)
4. Surah Al-Kauthar (Tentang nikmat - Nabi berhijrah dan dapat Madinah)
5. Surah Al-Kafirun (Tentang Quraisy serang Madinah - Peperangan yang Nabi hadapi)
6. Surah An-Nasr (Tentang pertolongan Allah - Nabi dapat Mekkah dan kemenangan Islam)
7. Al- Masad (Tentang peringatan Nabi - Sebelum Nabi wafat)

3 Surah penghujungnya pula Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas adalah Nabi tinggalkan buat ummatnya adalah kita semua.


STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah mendapat jemputan kerjasama dari SMA Tengku Amalin A'ishah Puteri Kota Bharu dalam menganjurkan program Khidmat Masyarakat Jalinan Luar di Sekolah Rendah Islam Aman Telipot Kota Bharu Kelantan. Terima kasih diucapkan buat penganjur dan pihak sekolah SRI Aman sebagai tuan rumah. Tak lupa juga buat fasilitator serta peserta dari pelajar darjah 6. Terbaik


FUN WITH WORK | "Modul ini sangat menarik. Lebih-lebih lagi disampaikan secara bersemangat dan berinformasi oleh trainer. Saya kagum apabila mendapati peserta kursus tidak mengantuk dan semuanya memuji cara penyampaian dan modul yang dibawa. Sebagai pekerja di jabatan kerajaan, pada saya modul ini memberi makna yang tinggi apabila kesemua yang disampaikan oleh trainer memang berlaku dalam organisasi kami. Terima kasih saya ucapkan di atas penyampaian yang sangat berkesan dan bermotivasi" - Nurul Wildani Mohamed, Staf Bahagian Pemantauan dan Penilaian, JPPK
.
"Program yang terbaik sepanjang program yang saya hadir. Suasana program ceria tanpa rasa mengantuk dan dapat memahami apa yang diterangkan. Saya mempelajari ilmu dan saya akan lakukan tugas sebaik mungkin di JPPK. Program yang Terbaik 5 bintang." - Muhamad Izani Ibrahim Abdul Manaf, Staf Bahagian Pemantauan dan Penilaian JPPK
.
"Program yang sangat bagus untuk kami sebagai kakitangan kerajaan bagi membentuk, merancang perjalanan tugas kami seharian supaya dapat meningkatkan mutu kerja kami supaya lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas. Mendapat ilmu yang sangat berguna dan boleh digunakan dalam organisasi kami dan baik untuk semua kakitangan dan pegawai." - Hapisah Binti Che Ismail, Staf Bahagian Pemantauan dan Penilaian JPPK
.
.
Alhamdulillah bersama staf Bahagian Pemantauan dan Penilaian dari Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan di dalam Program Pengukuhan Integriti & Pemantapan Mutu Kerja yang di adakan di Pusat Latihan Kompleks Felda Wilayah Terengganu.
Terima kasih diucapkan kepada penganjur dan seluruh kakitangan kerja JPPK. 

BENGKEL SOLAT | Alhamdulillah kami menjayakan program The Secret Of Solat untuk pelajar SMK Perwira Jaya, Felda Selancar, Pahang.

Kami berkongsi apakah rahsia kehebatan solat serta cara menunaikan solat dengan betul.


Aktiviti kaunseling kelompok yang diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. Bonus istimewa khidmat ini kepada klien yang telah menjayakan banyak program training bersama kami untuk tahun ini. Alhamdulillah dapat maklumbalas yang memberangsangkan dari pihak guru bimbingan dan kaunseling.

Bagi tuan/cikpuan yang ingin menjayakan program bersama kami, atau ingin bincang program untuk tahun 2019, hubungi/whatsapp kami di talian 0134058718.