Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

PANDUAN MEMILIH PROGRAM CUTI SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK, REMAJA DAN PELAJAR


ANDA RASA IBU BAPA ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA?

Inilah yang berlaku kepada ibu bapa memikirkan aktiviti apa yang hendak diisi buat anak-anak mereka semasa cuti sekolah setiap tahun.

.

Di sini saya ingin memberi sedikit panduan kepada ibu bapa memilih dan merancang program bagi anak-anak semasa cuti sekolah..

.
.

1. Program Motivasi
Banyak program motivasi yang akan di adakan pada cuti sekolah. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah dan jati diri remaja. Ada pula yang berteraskan kepada akademik dan belajar walaupun dalam mood cuti sekolah dan ada pula penekanan terhadap kepimpinan seperti pengucapan awam dan pelbagai lagi. Kategori ini boleh dipilih mengikut kesesuaian masa dan tempat, kehendak, kesukaan dan keseronokan anak-anak untuk menimba ilmu. Selalunya program seperti ini dijamin keberkesanan dan anak-anak juga akan berpuas hati. Program motivasi ini ada manfaatnya bagi meletuskan potensi diri anak-anak dan mereka juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang positif.

.

2. Program Ibadah
Program ibadah adalah program yang semakin mendapat tempat di masa kini. Selalunya program Ibadah akan menumpukan kepada aktiviti-aktiviti berkaitan ibadah seperti solat dan cara yang betul, puasa sunat, hafalan dan bacaaan Al-Quran , tadabbur Al-Quran, tazkirah, perlaksanaan amalan sunnah nabi dan aktiviti-aktiviti kerohanian bagi pemantpan iman dan islam di dalam diri. Program ibadah juga ada yang menjalankan aktiviti riadah cara nabi seperti memanah, berkuda dan berenang. Program seperti ini bagus bagi membantu dan membimbing anak-anak bukan sahaja melihat kejayaan di dunia malah akhirat kelak.

.

3. Program ICT
Komputer dan handphone merupakan alat yang sudah menjadi kegilaan remaja dan anak-anak zaman sekarang. Sekiranya ini adalah minat mereka, maka cubalah hantar mereka ke kelas atau program yang mengajar mereka perkara lebih berfaedah menggunakan alatan tersebut di cuti sekolah ini. Seperti kelas grafik, suntingan vedio, belajar photoshop, bina laman web, membuat coding, buat animasi, membina Apps dan game dan lain-lain lagi. Dengan mengikuti kelas sebegini boleh memberi impak di masa hadapan anak-anak dan mereka mampu menghasilkan kreatif multimedia.

.

5. Program Sukan
Bagi anak-anak yang meminati sukan dan ingin melatih anak-anak ke arah pemantapan sukan, hantar mereka ke program atau klinik sukan. Selalunya penganjur akan mengadakan program sebegini di cuti sekolah melihat kepada jenis sukan yang popular seperti bola sepak, futsal, tenis, badminton dan renang. Program seperti ini juga selalunya mempunyai lanjutan aktiviti dan berkemungkinan bagi yang ibu bapa berkemampuan akan meneruskannya. Walaubagaimanapun bagus untuk anak-anak menceburi bidang sukan kerana ramai yang telah berjaya dalam bidang sukan.

.

6. Program Bahasa
Mempelajari bahasa juga adalah program yang selalu akan di adakan pada cuti sekolah. Selalunya program sebegini tidak sehangat program motivasi dan ibadah. Ini kerana program seperti ini memerlukan kepada minat, bakat dan daya usaha anak-anak dalam memberi kesan positif terhadap pembelajaran bahasa. Sebenarnya mempelajari bahasa tambahan atau bahasa asing dapat memberi kelebihan di masa hadapan mereka. Antara bahasa-bahasa lain yang mendapat tempat kini adalah seperti bahasa inggeris, mandarin, arab, bahasa jepun dan lain-lain.

.

7. Program Berniaga
Jarang program sebegini dikaitkan dengan anak-anak yang masih bersekolah. Akan tetapi ada juga program sebegini dibuat khas kepada anak-anak remaja bagi melatih mereka mempelajari selok belok berniaga di peringkat usia yang muda. Walaupun anak-anak sebenarnya perlu fokus kepada belajar tetapi ianya tidak salah bagi mereka mempelajari bagaimana berniaga, menjaga wang dan mencari duit poket sendiri tanpa meninggalkan pembelajaran.

.

8. Program Sukarelawan
Program ini selalunya tidak perlu kepada bayaran penglibatan tetapi hanya kepada kehadiran sahaja. Program seperti ini bagus untuk melatih anak-anak gemar membantu, menyelesaikan masalah, memahami erti kehidupan dan banyak lagi. Program-program sukarelawan ini aktivitinya bergantung kepada kehendak penganjuran. Ada yang bersifat program sukarelawan seperti pemuliharaaan alam sekitar, pengagihan makanan, membersih tempat ibadah, menjalankan kerja komuniti dan banyak lagi.

.

8. Program Belajar Muzik
Program seperti ini selalunya tidak banyak dibuat semasa cuti sekolah kerana ia seperti kelas yang perlu kepada susalan program. Program seperti ini juga adalah program yang melibatkan bakat anak-anak dan ia bukan hanya sekadar minat. Walaubagaimanapun program seperti bagus bagi anak-anak yang mempunyai kehebatan di dalam bermain alatan muzik serta nyayian.

.

9. Program Teknikal
Program-program seperti ini juga jarang dan kurang mendapat tempat semasa cuti sekolah. Mungkin program ini banyak kepada teknikal dan perlu kepada sesi kelas yang ada tempoh masa. Program-program teknikal ini seperti program pertukangan, program kesenian, program berkebun dan pertanian, program membaiki kenderaan dan alatan, program penggunaan kamera DSLR dan pelbagai lagi. Walaubagaimanapun program seperti ini bagus melatih anak-anak dalam membentuk minat dan mengasah potensi mereka yang tidak ke arah pembelajaran.

.
.

Semoga panduan memilih program ini memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana..



#muizmukhtar
#cuitcuitminda
#programcutisekolah
#programmotivasi