Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

KAEDAH 'SMART' DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN DARI MUIZMUKHTAR



Sedikit perkongsian buat adik-adik semua yang akan mengambil peperiksaan terutamanya SPM, STPM, STAM. Semoga berjaya dan buat yang terbaik.


TIP PERSEDIAAN PEPERIKSAAN KAEDAH 'SMART' DARI MUIZMUKHTAR

.
.

SMART - Sehari sebelum masuk ke dewan peperiksaan

S – Sikap
1. Sentiasa bersikap positif dan sentiasa mengeluarkan perkataan-perkataan positif supaya diri  mendapat aura positif.
2. Mengelak dari 3 sikap iaitu Malas, Tangguh dan Bosan.

M – Mohon
1. Perbanyakkan doa kepada Allah.
2. Mohon maaf kepada individu yang dekat dengan kita seperti ibu bapa, keluarga, guru dan rakan-rakan.

A – Amalan
1. Tidur awal untuk memastikan tubuh badan kita tidak lesu dan letih pada keesokan harinya.
2. Amalkan solat hajat untuk memastikan kita sentiasa tenang mengharungi peperiksaan.
3. Buat amalan-amalan yang menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim seperti solat lima waktu, membaca Al-Quran dan banyak lagi.
4. Buang amalan yang menjejaskan kesihatan tubuh dan akal seperti menghisap rokok, tengok pornografi, minum air berkarbonat dan lain-lain.
5. Jangan lupa bersarapan dan pergi awal ke tempat peperiksaan keesokan harinya.

R – Rasa
1. Buangkan dahulu rasa nak berfacebook, bertik tok, berinstagram dan bertwitter.
2. Buangkan dahulu rasa nak berWechat/Whatsapp dengan kekasih ataupun rakan-rakan.
3. Buangkan dahulu rasa nak melayan ‘movie’ terbaru dan main game.
4. Buangkan dahulu rasa nak menghabiskan bacaan novel yang digemari.
5. Buangkan dahulu rasa nak melihat youtube.
6. Tambah rasa untuk dapatkan A. Usaha lagi.

T – Teknik
1. Pastikan membuat dan membaca soalan dan jawapan. Buat ulangkaji secara berkesan bukan secara membebankan.
2. Pastikan alatan peperiksaan mencukupi dan buatlah persediaan awal .
3. Periksa jadual waktu peperiksaan.
4. Pastikan anda banyak melihat taget A anda. Contoh anda menampal target A anda di dinding dan meja belajar.

.
.

SMART - Memulakan peperiksaan di dewan peperiksaan

S – Sikap
1. Sentiasa senyum dan ukirkan wajah yang positif walaupun gelisah dan stress.
2. Pastikan minda anda tidak menumpu pada masalah luaran. Fokuslah pada peperiksaan.

M – Mohon
1. Mohon Doa.

اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .
2. Banyakkan berselawat.

A – Amalan
1. Pernafasan yang betul seperti teknik (6 saat, Tarik – 6 saat, Tahan – 6 saat, Hembus – 6 saat, Tahan. Sila ulangi sebanyak 3 kali)
2. Cara duduk yang betul supaya ia tidak meletihkan dan mengantuk.
3. Bawalah air minuman untuk diminum.

R – Rasa
1. Buangkan rasa niat ingin meniru.
2. Buangkan rasa ingin pulang awal. Pastikan anda menggunakan masa yang diberikan secara maksima.
3. Buangkan rasa keinginan untuk ke tandas berulang kali. Pergi ke tandas apabila perlu sahaja.
4. Buangkan rasa seperti di zon selesa seperti menunjuk-nunjuk dapat menjawab soalan peperiksaan.

T – Teknik
1. Pastikan anda membahagikan masa soalan-soalan yang ingin dibuat
2. Teliti dan fahami soalan terlebih dahulu..
3. Rangka dan draf jawapan.
4. Bagi soalan objektif, mulakan dengan soalan yang senang dahulu diikuti dengan soalan yang sederhana dan susah. 
5. Tulisan perlu jelas dan tidak comot.
6. Semak jawapan.

.
.

SMART - Selepas keluar dari dewan peperiksaan

S – Sikap
1. Redha dengan apa yang berlaku.
2. Tenang dan cubalah optimis dan yakin dengan jawapan anda.
3. Ada syukur dan sabar, itulah yang penting.

M – Mohon
1. Mohon doa dipermudahkan dan mendapat keputusan yang cemerlang .
2. Perbanyakkan menyebut Alhamdulillah.

A – Amalan
1. Amalkan apa yang saya nyatakan seperti perkongsian di atas .
2. Rehat serta tenang diri dan buatlah perkara berfaedah.

R – Rasa
1. Buangkan rasa untuk berbincang jawapan.
2. Buangkan rasa ingin mencari jawapan peperiksaan.
3. Buang rasa nak kongsi jawapan di dalam media sosial.
3. Tambahkan rasa untuk memberi tumpuan pada peperiksaan yang seterusnya.

T – Teknik
1. Ulangi teknik-teknik seperti apa yang dinyatakan di atas.
2. Tambahan, lakukan belajar secara berkumpulan jika perlu.

.

Boleh SHARE, TAG pada pelajar SPM,STPM, STAM dan pelajar yang ambil peperiksaan. UNTUK KEBAIKAN MEREKA.

.
.

#muizmukhtar
#cuitcuitminda
#startstudy
#modulbelajar #motivasipelajar
#spm2019 #stpm2019 #stam2019
#teknikpeperiksaan