Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Gambar program latihan dan motivasi ITC (September 2018)

 STAR.T LEADERSHIP |  Alhamdulillah bersama 40 orang penghuni Ccrc Bachok yang telah dilantik menjadi pengawas bagi membantu kerja-kerja menjaga dan mengawal penghuni yang lain.
Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur PUSPEN Bachok atas jemputan separuh hari bersama penghuni CCRC dan Klinik C&C Bachok.


 STAR.T STUDY | Alhamdulillah selesai menjayakan slot motivasi kepada pelajar tingkatan 5 dari SMU(A) Al Falah, Siram, Pasir Mas Kelantan. Terima kasih buat ustaz Wan Mithlan Wan Omar, merupakan bekas guru kami semasa di SMK(A) Falahiah dahulunya.


 STAR.T STUDY | "Ceramah Maal Hijrah oleh En Muizzuddin Mukhtar dari Itqan Partners Training & Consultancy.... Ceramah yang menarik dan berinformasi tentang hijrah nabi dan pengertian hijrah yang sebenarnya. Terima kasih diucapkan kepada En Muizuddin atas penyampaian ceramah yang menarik dan ceria." - Dari pihak guru SMK Zainab 1 Kota Bharu Kelantan.
.
.Alhamdulillah bersama warga Smk Zainab Kb dalam program Maal Hijrah dan kelebihan Solat anjuran Badan dan Persatuan agama Sekolah. Perkongsian kami kali ini adalah tentang peristiwa hijrah dan solat serta mengaitkannya dengan pelajar.


STAR.T PARENTING | "Saya asalnya mengantuk sebab tidur lewat semalam, tapi apabila dengar tuan penceramah kita ceramah saya terus bersemangat"- Rashdan Baba, artis

Alhamdulillah mendapat jemputan dari Persatuan Ayahanda Anakanda Kelantan (PAAK). Kali ini bergandingan dengan beberapa orang artis yang terkenal di Malaysia. Antaranya Dato' Nash, Rashdan Baba, Zamri Gerak Khas dan Syaq Mentor. Tidak lupa kepada Dato' Amin Ridzuan @ Mat Miing kawan lama..

Program Motivasi Jati Diri dan Solat Hajat Calon UPSR 2018 ini di adakan di Sekolah Rendah Bechah Durian, Pasir Mas. Anjuran bersama pihak sekolah dan alumninya.


 TAZKIRAH | Alhamdulillah bersama pelajar asrama SMK(A) Falahiah, Kota Bharu Kelantan dalam program Qiammullail dan Tazkirah perdana.



 STAR.T STUDY | "Semua tidak berganjak dan ambil peluang bersama di dalam program ini. Selalunya ada yang keluar dari tempat program dari kalangan kelas bawah. Tetapi kali ini mereka tunggu sampai habis." - Kaunselor sekolah

Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 3,4 dan 5 dari SMK IPOH, Tanah Merah Kelatan. Terima kasih kami ucapkan buat penganjur dan semoga adik-adik pelajar berjaya.



 SEMINAR GEGAR OTAK 4.0 (SGO) | Wow.... Sudah lama ITC tidak menjalankan penganjuran program seminar secara terbuka sejak dari 2013 lagi. Tetapi apabila ITC membuat 'comeback' kembali di Kelantan tidak jangka ianya 'Full House' sampai tidak cukup kerusi....Semua ini bantuan dari Allah... dan tidak lupa insan yang bernama Nik Tarmizi yang saya kagum dengan semangatnya. Hanya seminggu sahaja membuat promosi/marketing tetapi mendapat sambutan yang sangat meriah, luar biasa hampir 350 peserta.

SGO adalah 'branding' seminar yang telah diusahakan oleh Nik Tarmizi dan 'team'nya di Kelantan. Apabila kami selalu berjumpa Nik Tarmizi, kami nampak akan potensinya dan kami mahukan SGO kali ini akan menjadi lebih mantap kendaliannya dari sebelum ini. Maka terhasillah gabungan dan meletakkan SGO 4.0 ini di bawah anjuran ITC. InsyaAllah, gabungan ini akan diteruskan dan menjadi lebih 'boom'.

Alhamdulilah, akhirnya SGO berjaya mencapai targat dan melabuhkan tirainya pada tahun ini. Terima kasih buat fasilitator dan para peserta yang awesome. Terima kasih kepada Syuwari Mohamad, selaku pembantu ITC di SGO. Kami gembira bersama anda. Terima kasih juga buat Syafiq FadeliAbi Saif Al-Anuarrakan trainer yang membantu menjayakan SGO 4.0 ini.


 STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 1,2 dan 4 dari MRSM Pasir Tumboh, Kelantan.


 STAR.T STUDY | "5 tahun saya jadi kaunselor di sini, tak pernah tengok pelajar dapat kekal duduk dalam majlis seperti ini dan tidak keluar." - Kaunselor sekolah.
Alhamdulillh bersama pelajar tingkatan 5 dan 6 dari SMK Tanah Merah 2, Kelantan. 


 STAR.T STUDY | Alhamdulillah separuh hari bersama pelajar tingkatan 3 dari SMK Pengkalan Chepa 2, Kelantan. Terima kasih saya ucapkan buat penganjur atas jemputan dan tidak lupa buat pelajar yang awesome.


 SYOK IBADAH | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan  2 dari SMK Pengkalan Chepa 2 Kelantan, di dalam bengkel solat yang dikendalikan oleh Tuan Nik Kamal dan juga Ustaz Hadi, imam tua Masjid Seberang Pasir Mas.



 STAR.T PARENTING | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 6 beserta ibu bapa di dalam program Ibu Bapa Cakna, Anak Bemakna 2018 SMK Tendong Pasir Mas Kelantan anjuran unit Bimbingan Kaunseling dan juga Badan Bertindak STPM.



 STAR.T STUDY | Dapat jemputan dari Cikgu Nik Muhamad Nik Lib, otai dalam ceramah motivasi pelajar di Kelantan.

Alhamdulillah bersama pelajar pilihan dari tingkatan 1 dan 2 SMK Belimbing, Tanah Merah Kelantan. Program ini di adakan di Royal Guest House Kota Bharu Kelantan.


 STAR.T STUDY | Alhamdulillah separuh hari bersama pelajar tingkatan 5 dari SMK Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu Kelantan. Saya bersyukur kerana mereka dapat kekal bersama dari awal hingga akhir dan tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Apa yang penting, mereka perlu memahami bahawa setiap orang miliki potensi yang tersimpan dan perlu diletuskan dalam tempoh 48 hari menjelang SPM nanti.


 STAR.T PARENTING | "Jemputan dari Papa Maliki Che Omar buatkan saya jadi berdebar nak beraksi.. mengapa? Cikgu Maliki adalah pakar dalam ceramah parenting di Kelantan ini."

Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 5 dan ibu bapa di dalam program Temu Mesra Ibu Bapa dari SMK Tok Uban, Pasir Mas Kelantan. Terima kasih saya ucapkan buat penganjur dan terima kasih juga buat semua yang hadir.

Apa yang penting saya dapat bertemu cikgu Maliki walaupun sudah lama kenalnya tetapi tidak pernah ada peluang berjumpa. Cikgu Maliki ini umpama mentor saya dalam bidang latihan dan motivasi di Kelantan. Terima kasih.



HOST | Alhamdulillah dapat berkolaborasi dengan Tuan Amin Idris di dalam menjayakan program Tour Kursus Asas Pengacaraan (HOST) yang di adakan di Dewan Perniagaan Melayu Kelantan (DPMMK), Kota Bharu Kelantan.




Bagi tuan/cikpuan yang berhasrat menjayakan program latihan/motivasi bersama kami, mohon call/whatsapp Nik Kamal di 013 4058718.