Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Gambar program latihan dan motivasi ITC (April 2018)

STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah ITC separuh hari bersama Pengawas Pusat Sumber (PSS) sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. Terima kasih diucapkan buat PSS sekolah semoga apa yang dikongsikan ini mendapat manfaat yang mampu membina generasi kepimpinan yang ada Al Amin dan Al Qawwi.


STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah kami mengendalikan bengkel pengurusan program kepada pimpinan pelajar SMKA Naim Lil Banat, Kota Bharu Kelantan. Sebagai pemimpin pelajar, mempelajari selok-belok menguruskan program dengan berkesan sangat penting kerana ia antara penentu kualiti kepimpinan seorang pemimpin tersebut.


STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar SPM dari 3 jajahan Bachok, Pasir Mas dan Gua Musang dalam program kecemerlangan anjuran bersama Empower Ecer Bachok, Pasir Mas dan Gua Musang. Program ini diadakan di Bukit Keluang resort Terengganu. 


\STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah sehari bersama Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah (PRS) Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu Kelantan. Program ini di adakan di Irama beach resort Bachok Kelantan. Terima kasih buat penganjur dan terbaik buat semua ahli PRS sekolah yang awesome.


STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah bersama bakal kepimpinan Badan Dakwah dari SMK(A) Naim Lilbanat, Kota Bharu Kelantan di dalam program Islamic Leadership Camp 2018 (ILC). Perkongsian kali  ini berkaitan kepimpinan di dalam organisasi dan bagaimana kepimpinan mengikut panduan Islam. 


STAR.T PARENTING | Alhamdulillah bersama ibu bapa dan pelajar dari SMU(A) Bustanus Saadah, Morak Kelantan. Terima kasih saya ucapkan buat penganjur dan semua yang hadir. Moga apa dikongsikan ini menjadi booster buat ibu bapa dalam menempuhi cabaran mendidik anak-anak yang sudah berada zaman Y,Z, Alpha dan strawbarry satu hari nanti.


REMAJA BESTARi | Alhamdulillah kami berkongsi slot bertajuk Ukhuwah Islamiah kepada pelajar tingkatan 2 Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu. Terima kasij buat penganjur dan terbaik buat adik-adik pelajar.


START LEADERSHIP | Alhamdulillah sehari bersama pimpinan pengawas sekolah, PRS dan PSS bagi SMUA Diniah Pasir Mas Kelantan. Program Kem Kepimpinan dan Jati Diri ini di adakan di Rezuan Chelat Pantai Melawi Bachok Kelantan. Terima kasih diucapkan buat penganjur serta guru-guru yang hadir dan terbaik juga saya ucapkan buat adik-adik pimpinan yang hebat.

STAR.T FUN | Alhamdulillah 2 hari bersama staf dan pensyarah dari Kolej Komuniti Kelantan (Pasir Mas-Kok Lanas-Jeli) dalam program Asas NLP dalam Komunikasi. Terima kasih diucapkan buat penganjur dan terima kasih buat peserta kerana ini kali ke-2 bersama mereka. Kami seronok bersama mereka kerana mereka ini mempunyai semangat juang untuk menjadikan diri ke arah lebih positif dan terbaik.

REMAJA BESTART | Alhamdulillah ITC bersama 100 orang pelajar SPM dari SMK Tengku Mahmud, Besut Terengganu. Perkongsian kali ini berkaitan tanggungjawab remaja sebagai seorang pelajar yang BESTARI. Terima kasih kami ucapkan buat penganjur dan tucapan terbaik juga buat adik-adik pelajar SPM.

STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar lelaki dari SMKA Falahiah Kelantan. Perkongsian kali ini adalah berkaitan pengurusan stress bagi pelajar dan diucapkan terima kasih buat penganjur.

STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah bersama kepimpinan pelajar SMUA Hamidiah Padang Lepai, Kota Bharu Kelantan di dalam Tamrin Kepimpinan Sekolah. Program ini di adakan di Putra Villey Tanah Merah Kelantan.