Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

BICARA MACAM PRO | 4 PERKARA BUATKAN MEREKA CEMERLANG DALAM BICARA



Bila saya melihat orang-orang yang hebat dalam berbicara, berkomunikasi dan pengucapan awam, saya mendapati mereka mempunyai 4 perkara yang membuatkan mereka cemerlang. 4 perkara ini menjadi pengukur bagi seseorang itu dan ianya perlu dihubungkaitkan kerana semua itu terletak pada diri sendiri dan dorongan orang lain. Apa 4 perkara yang saya ingin maksudkan?. Ianya adalah 4 D
.
.
.
.
.
.
.
.
1. Desire (Keinginan)
Ia bermula dengan niat dan keinginan dalam kita berbicara, berkomunikasi dan pengucapan awam. Apabila keinginan itu lahir dari sikap kita sendiri sudah pasti akan ada usaha untuk melahirkan minat dan mencari kemahiran bagi menuju kepada pencapaian yang diinginkan. Akan tetapi, hanya ada keinginan tidak cukup.
.
.
2. Decision (Keputusan Pilihan)
Keinginan perlulah digabungkan dengan keputusan pilihan yang betul kerana ianya menjadikan anda terus berusaha, cuba mencari jalan yang terbaik dan mengatasi halangan diri dalam berbicara, berkomunikasi dan pengucapan awam. Akan tetapi keinginan dan keputusan pilihan perlu ditambah dengan D seterusnya.
.
..
3. Discipline (Disiplin)
Menjadi seperti orang hebat dalam berbicara, berkomunikasi dan pengucapan awam perlulah ada disiplin kerana ianya adalah penilaian orang terhadap kita apabila berada di atas pentas atau di khalayak. Disiplin dalam merancang, persediaan, ilmu, memiliki kemahiran dan mengikut aturan seorang pembicara hebat perlu dititik beratkan. Untuk menjadikan kita memiliki disiplin ini perlulah dilatih dan berguru. Kerana ilmu berkaitan bicara, komunikasi dan pengucapan ini sangatlah luas untuk kita terokai. Bila adanya keinginan, keputusan pilihan dan ditambah pula dengan disiplin maka kita perlukan D terakhir.
.
.
4. Determination (Kesungguhan dan keteguhan)
Akhir sekali adalah kesungguhan, keteguhan dan ketabahan kita dalam berhadapan dengan situasi, ujian, dan dugaan sebenar. Sekarang kita perlu mencuba sekiranya diberi peluang untuk berbicara, berkomunikasi dan pengucapan awam di pentas atau di khalayak. Di sinilah kita dapat belajar dari hasil pengalaman. Teruskan dan sekiranya berlakunya sesuatu yang kita tidak kehendaki, bersabarlah kerana orang yang hebat berbicara juga sebenarnya bermula dari bawah.

Oleh itu pastikan DESIRE + DECISION + DISCIPLINE + DETERMINATION itu sentiasa ada dalam diri. Ada 4 D ini barulah boleh jadi bicara macam seorang PRO.
.
.
.
Bicara Macam Pro (BMP)
Kendalian MuizMukhtar
Pada 16hb Disember 2017 / Sabtu (Siri 1) Terhad 10 orang
Pada 17hb Disember 2017 / Ahad (Siri 2) Terhad 10 orang
Di adakan di bilik seminar ITC, Kota Bharu
Pertanyaan : 013 405 8718 (En Kamal)