Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Testimoni Kaunselor Kepada Slot Motivasi ITC (1)



Alhamdulillah komen yang Itqan Partners Training & Consultancy (ITC)perolehi dari kaunselor SM Sains Faris Petra, Pengkalan Chepa.

Slot yang kami kendalikan bertumpu kepada isu generasi Z yang telah dilanda dengan teknologi dan penggunaan gadget yang melampau.

Ada sebahagian remaja generasi Z lebih cenderung bergaul secara 'online' hingga hilang adab dalam pergaulan secara 'offline' sama ada dengan ibu bapa, guru atau kawan-kawan mereka.

Melalui modul yang dibina, kami berkongsi dengan remaja-remaji ini bahawa teknologi itu umpama 'pisau pemotong sayur'. Jika digunakan untuk potong sayur, maka dapatlah akan kebaikannya. Tetapi jika disalahgunakan sebagai contoh diguna untuk membunuh, maka hal yang sebaliknya akan diperolehi. Begitulah juga penggunaan teknologi.

Modul dibina berkonsepkan aktiviti interaktif 2 hala antara kami dengan mereka, supaya dalam keadaan seronok ikuti aktiviti, mereka dapat sesuatu untuk dibawa balik bagi tindakan seterusnya.

Ada tuan/cikpuan yang berminat untuk jayakan ceramah/bengkel seperti ini? Hubungi 0134058718.