Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

BICARA MACAM PRO | 3 KOMPONEN MESEJ


Dalam kita berbicara, berkomunikasi ataupun membuat pengucapan, ada 3 kompenan yang perlu dititik beratkan kerana ia akan memberi mesej berkesan buat pendengar. 3 kompenan ini perlulah digabungkan supaya mesej yang kita sampaikan itu menjadi 90-100% berkesan.
.
.
.
.
.
.
1. Perkataan (7%)
Mesej melalui perkataan yang kita sampaikan itu perlulah difahami pendengar. Walaubagaimanapun tak mencukupi kita hanya keluarkan mesej melalui perkataan tersusun elok dengan tatabahasa betul sahaja kerana 'mood' pendengar akan boleh jadi bosan.


2. Nada (38%)
Mesej juga terhasil dari nada suara kerana dengan nada suara ia boleh mengubah keseluruhan makna perkataan dan mungkin nada suara atau intonasi itu mengubah menjadi perasaan. Akan tetapi perkataan dan nada suara tidak cukup untuk mengekalkan fokus pendengar.


3. Tubuh (55%)
Bahasa badan sangat penting kerana bahasa badan dapat dilihat dan dinilai oleh pendengar. Bahasa badan ini dianggap seperti gambaran visual dan gerakan terhadap perkataan serta nada suara. Secara langsung pendengar dapat memahami dan merasai setiap apa yang didengarinya bila bahasa badan berfungsi.
Oleh itu gabungkan PERKATAAN + NADA + TUBUH = MESEJ BERKESAN. Mesej sampai, baru lah boleh jadi bicara macam seorang PRO.
.
.
.
.
.
Bicara Macam Pro (BMP)
Seminar Akan Datang!
Kendalian Muizzuddin Mukhtar
#muizmukhtar #bicaramacampro #seminarkomunikasi