Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Resipi Kejayaan Azali Azlan & Perkembangan Terkini ITC


Salam ceria buat semua pengunjung blog ITC.

Apa khabar anda hari ini? Semoga anda semua dapat menjawabnya dengan "sangat baik" ya :)

Alhamdulillah, ITC baru sahaja pulang dari KL kerana ada beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan khususnya di Kementerian Kewangan Malaysia. Semuanya ialah bagi memastikan ITC terus maju dan lebih berkeupayaan untuk menyertai urusan memandaikan anak bangsa ini.

Posting blog kami kali ini memuatkan:

1. Perkembangan terkini ITC dalam bulan Mac ini.
2. Tips motivasi ITC : Resipi Kejayaan Azali Azlan, pelajar SMKA Yan Kedah yang mendapat 20 1A dan 1 2A di dalam SPM.

Selamat membaca :)


Perkembangan Terkini ITC

Alhamdulillah, untuk bulan Mac ini, ITC telah berpeluang membantu banyak sekolah dan IPT memperkasakan modal insan di tempat mereka. Antara mereka yang telah menjemput ITC ialah:

Gabungan Kolej Komuniti di Kelantan
( Kem Kepimpinan di PCB Resort)


SK Padang Garong 1, Kota Bharu
(Kursus Pengawas)


SMK Teknik Bachok
(Kursus Kepimpinan di La Hot Spring)


Politeknik Dungun, Terengganu
(Modul SyokStudy & SyokLeadership di Sweet Beach Resort, Pasir Putih)


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
(Bengkel Motivator Muda Islam 2012)


SMK Sri Gunong, Bachok
(Modul SyokStudy)


SMK Sering, Kota Bharu
(Kem Kepimpinan & Jati Diri di Min House Camp, Binjai)

Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan Allah dan memberikan rasa SYOK kepada semua peserta yang melaluinya :)

ITC juga mengucapkan syukur kepada Allah, kerana berpeluang mendapat tips-tips dan latihan secara tidak langsung dari saudara Amin Idris yang merupakan trainer dan motivator ternama di Amin Idris Training & Consultant. Beliau juga merupakan personaliti TV Al-Hijrah dan antara 'orang kuat' Pertubuhan Perunding Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) yang dinaungi oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah dan Dr Tengku Asmadi. Dalam pertemuan di pejabat kami di Binjai, Kota Bharu itu, saudara Amin telah berkongsi rahsia di sebalik pembikinan bukunya 'Magnet Diri'. Habis 'melekat' kami dibuatnya oleh beliau! =)


ITC juga masih membuka tempahan kepada mana-mana individu/sekolah/IPT/agensi kerajaan/NGO yang berhajat kepada perkhidmatan kami. Jadual kami untuk bulan April masih ada kekosongan dan apa yang penting ialah kami bersedia untuk membantu anda :)

Bagi mendapatkan info lanjut, anda boleh hubungi En Muiz (013-9664306) atau En Kamal (013-4058718) atau boleh layari website kami - www.itctraining.my


Tips Motivasi ITC : Resepi Kejayaan Azali Azlan

Azali Azlan, 18, dari SMKA Yan, Kedah ialah pelajar cemerlang di dalam peperiksaan SPM yang telah berjaya memperolehi 20 1A dan 1 2A. Rekodnya ini telah mengatasi rekod pelajar cemerlang sebelumnya iaitu Nur Amalina Che Bakri dari Johor yang mendapat 17 1A.

Mari kita lihat apa yang diperkatakan oleh Azali tatkala mendapat keputusannya ini:

"Tujuan asal saya belajar bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi saya buat untuk diri sendiri, ibu bapa serta guru. Bagi saya, jika belajar semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna."

Apabila beliau ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan sehingga mendapat keputusan cemerlang, beliau berkata:

"Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan ini mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah. Jadi sebagai pelajar Islam, adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan"

Itulah Azali Azlan, pelajar contoh yang sangat baik untuk dijadikan ikutan kepada para pelajar lain. Semoga semangat dan kesungguhannya juga akan mengalir kepada para remaja hari ini.

***

Untuk pengetahuan anda, petikan cerita Azali Azlan di atas ialah sebahagian dari buku hasil karya saudara Muizzuddin, trainer utama ITC. Anda boleh mendapatkan buku ini di mana-mana program yang ITC anjurkan atau boleh sahaja terus ke pejabat kami. Harganya yang cuma RM 5 pasti sangat berbaloi-baloi untuk anda =)


Semoga kita dapat berjumpa lagi di posting akan datang.

Salam motivasi dari ITC untuk anda ^^