Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Kem Elit Kecemerlangan PMR 2011

KEM ELIT KECEMERLANGAN PMR 2011 Alhamdulillah, ITC mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi keizinan untuk mengadakan program yang bernama Kem Elit Kecemerlangan PMR 2011 pada 9 dan 10 Mei 2011. Program ini melibatkan peserta seramai 90 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dari SMK Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Apa yang membuatkan ITC teruja, sekolah ini dikategorikan sebagai 'sekolah bestari' di Kelantan, justeru kerana pelajar-pelajarnya ialah yang terbaik di kalangan terbaik. Berprogram bersama mereka, telah meninggalkan suatu kenangan yang manis untuk ITC, apatah lagi bila melihat kesungguhan dan komitmen mereka di dalam melakukan aktiviti yang disediakan.

Berikut adalah testimoni yang ITC perolehi daripada mereka:

Nurul Aishah bt Wan Noor (Tingkatan 3 Beta)
"Saya rasa kem ini ialah kem yang paling menyeronokkan yang pernah saya ikuti. Trainer-trainer di sini sangat happy dan baik. Mereka juga mesra pelajar dan sentiasa memberi bimbingan kepada kami di sini. Saya amat berharap agar kem ini akan diadakan lebih dari dua hari dan akan diadakan lagi. Saya pastinya tidak akan melupakan pengalaman yang menyeronokkan di sini! "

Nurul Shamira bt Harish (Tingkatan 3 Alfa)
"Sepanjang Kem Elit Kecemerlangan PMR 2011 ini berlangsung, semua aktiviti yang dilakukan best sekali. Banyak yang kami belajar dari abang-abang ITC. Kerjasama dapat juga dipupuk. Apa yang penting, saya happy sangat! Hope you all keep going do this. Selamat maju jaya! :) "

Ahmad Azriel bin Ahmad Zakri (Tingkatan 3 Gamma)
"Saya sangat suka terhadap program ini kerana program ini banyak membimbing saya serta rakan-rakan yang lain. Harap-harap program ini dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah yang lain supaya dapat membentuk keperibadian remaja."

Ilyas bin Zaidi (Tingkatan 3 Alfa-Ketua Kumpulan Medu)
"Secara keseluruhannya, semua aktiviti yang diadakan oleh fasi-fasi sangat menarik. Cuma yang saya kesalnya ialah kem diadakan sangat singkat. Saya berharap pihak ITC dapat mengadakan kemi sebegini dengan masa yang lebih panjang. "

ITC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Kubang Bemban khususnya kepada kaunselornya Pn Zurina bt Md. Noor kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk bersama dengan pelajar-pelajarnya. Semoga usaha ini diberkati Allah dan kelak mereka akan menjadi 'duta penyelamat dan kasih sayang' kepada masyarakat mereka nanti InsyaAllah.Semoga berjumpa lagi di Kem Elit Kecemerlangan PMR akan datang :)

Terima kasih