Kursus Pengurusan Kokurikulum di SMK Abdul Samad, Machang, Kelantan
Berikut ialah antara testimoni para peserta:
Nurul Adibah bt Mohamad Adi (Tingkatan 3 Abu Bakar)
"Saya bersyukur kerana telah dipilih sebagai peserta kursus ini. Dalam program ini saya dapat mengenal erti kerjasama , bersatu padu dalam pasukan dan dapat memperbaiki diri saya untuk menjadi pemimpin yang hebat. Cadangan saya supaya dapat menambahkan lagi hari untuk program ini. Terima kasih kepada abang Muiz, abang War dan abang Kamal "
Mohamad Dasuki bin Azmi (Tingkatan 5 Amanah)
" Selama ini saya tidak yakin dengan kebolehan diri saya. Alhamdulillah dengan menyertai program ini, ianya telah meningkatkan keyakinan saya khususnya apab
ila berprogram bersama sahabat-sahabat"
Siti Nurainil bt Zainal Abidin (Tingkatan 2 Abu Bakar)
" Saya sebagai pengawas PSS insyaAllah akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dari sebelumnya. Kursus Pengurusan Kokurikulum ini telah membakar semangat saya untuk me
nonjolkan kepimpinan yang lebih baik dari sebelum ini."
Wan Suzieana bt Wan Khairon (Tingkatan 4 MPV1)
" Program ini memang best sangat2...abe2 fasi pown baik2 je..tak cam program lain.Kalau yang lain tu kan abe2 fasi garang2 gler..nape buat 3 ari je..saya rasa skjap je..."
ITC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Abdul Samad khususnya kepada Cikgu Faizah bt Abdullah selaku kaunselor sekolah kerana memberikan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Semoga semua usaha kita diberkati Allah.
Untuk adik-adik peserta, jumpa lagi di Kursus Pengurusan Kokurikulum akan datang =)