Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Kursus Kepimpinan Pengawas di SMK Bukit Diman, Ajil, Terengganu

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS Alhamdulillah, ITC memanjatkan kesyukuran kerana telah selesai mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas kepada seramai 74 orang pemimpin muda dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil, Terengganu. Ianya telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 April 2011 bertempat di sekolah tersebut. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan sangat baik dan semua peserta memberikan komitmen yang cukup memberangsangkan.

Berikut adalah testimoni yang ITC perolehi dari para peserta:

Noor Shaidatulmunirah bt. Mohd Sharif (Tingkatan 4 Interaktif 1)
"Kami sangat gembira kerana dapat mengikuti kursus seperti ini dan kami berharap dapat mengikuti lagi kursus sebegini pada masa akan datang.Aktiviti yang dijalankan cukup mencabar dan memerlukan kerjasama di antara ahli peserta.Sangat seronok dan merasakan satu semangat baru dalam diri kami untuk terus berjuang sebagai seorang pengawas yang bertanggungjawab, amanah dan jujur. Terbaik punyer! =) "

Muhamad Muaz bin Kamarruddin (Tingkatan 5A)
"Saya berasa sangat gembira ke program ini walaupun pada mulanya saya berhajat tidak mahu datang. Selepas melaluinya, barulah saya tahu betapa bestnya program ini. I hope you can come again! Best!! "

Syed Mohd Syazwan bin Syed Rosdi (Tingkatan 3 Kreatif 1)
"Kursus Kepimpinan Pengawas ini memberikan saya satu sinar untuk terus berjaya dalam memimpin rakan-rakan saya. Terima kasih fasilitator yang telah membimbing kami selama 2 hari. Pewittt!! Wow!! Fuhhh!! =) "

Afiqah Zuhairah
binti Ibrahim (Tingkatan 2A)
"Saya berasa yakin dengan diri saya untuk menjalankan tugas setelah menjalani kem ini. Abg Muiz, Abg Nik dan Abg War sangat best! Saya tidak berasa boring sikit pun semasa menjalani kursus ini "


Team ITC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Bukit Diman, Ajil, Terengganu kerana memberi kepercayaan untuk kami mengendalikannya. Terasa sedih sewaktu berpisah dengan adik-adik peserta yang baik lagi sporting =)

Team ITC mengharapkan semoga pertemuan ini ialah pertemuan kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.


Sekian, terima kasih. Jumpa lagi di Kursus Kepimpinan Pengawas =)