"MOTIVASI SAAT AKHIR"- Anjuran Itqan Event Management
Bachok-Melawi: Satu program motivasi telah diadakan dengan penuh kecerian dan penuh keseronokan kerana kami dijemput pada bulan yang mulia ini untuk menghadiri satu program motivasi iaitu program "Belajar saat akhir" yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok Kelantan. program ini terdiri daripada adik-adik yang bakal menduduki Ujian Penilian Sekolah Rendah (U.P.S.R) tidak lama lagi. Program ini adalah di bawah guru Kaunseling iaitu Cikgu Pn. Ida Rosmawati yang baru sahaja bertugas disekolah tersebut. Pada motivasi ini, adik-adik bersama dengan Motivator yang tidak asing lagi di kelantan iaitu En. Muizzudin Mukhtar dan juga pembantunya Mohd Khairul Anwar Nawi sebagai jemputan dalam motivasi ini. Program ini didedahkan kepada adik-adik tentang pentingnya mereka mengadakan hubungan dengan Allah supaya kejayaan bukan di dunia sahaja tetapi kejayaan di akhirat juga sangat dititikberatkan. Selain itu, tip untuk menjadi pelajar terbaik juga turut disampikan di samping m