Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

BANGUNLAH DAN BANGKITLAH!



BANGUNLAH DAN BANGKITLAH!

Walaupun berPKP dan terpaksa berada di rumah, bangun dan bangkit pada waktu PAGI sangat penting kerana terdapat banyak kebaikkan.
8 KEBAIKAN BANGUN DAN BANGKIT PADA WAKTU PAGI
.
1. Membuka pintu rezeki
Rezeki ini pemberian Allah dan rezeki mempunyai kunci untuk dibuka. Waktu pagi adalah waktu Allah melapangkan pintu rezeki yang luas untuk kita. Ambillah pemberian Allah ini, jangan pula lalai dan malas sehingga kita dapat rugi.
.
2. Penuh dengan berkat
Berkat dan barakah itu penting kerana ia memberi nikmat syukur dan sabar pada diri serta mendapat kemuliaan. Bagunlah untuk kita jadi orang yang diberkati Allah. Nabi Muhammad S.A.W pernah berdoa,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
“Ya Allah, berkatilah umatku di waktu paginya.” (HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212 dan Ibnu Majah no. 2236)
.
3. Mendapat keampunan Allah
Sekiranya di pagi hari kita berniat baik dan buat kebaikan, maka sudah pasti Allah memberi pengampunan terhadap segala dosa kelmarin dan sebelumnya. Di tambah pula mendapat pahala untuk hari ini.
.
4. Didoakan malaikat
Nabi S.AW pernah bersabda,
وَتَجْتَمِعُ مَلَائِكَةُ اللَّيْلِ وَمَلَائِكَةُ النَّهَارِ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ
“Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada solat fajar (subuh).” (HR. Bukhari no. 137 dan Muslim no.632)
Moga kita mendapat doa dari malaikat yang turun berkumpul pada waktu sebegini.
.
5. Jauhi dari malas dan lalai
Malas bangun pagi berarti orang itu sudah membenarkan sifat lalai hadir dalam diri. Apabila lalai ini ada sudah pasti keburukan lain juga akan datang bersama. Pagi sebegini boleh memberi motivasi supaya kita jauh dari sifat yang buruk.
.
6. Waktu yang baik untuk beribadah dengan semangat
Dari sahabat Abu Hurairah dari Nabi Muhammad S.AW bersabda:
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ
“Sesungguhnya agama itu mudah, dan sekali-kali tidaklah seseorang memperberat agama melainkan akan dikalahkan, dan (dalam beramal) hendaklah pertengahan (iaitu tidak melebihi dan tidak mengurangi), bergembiralah kalian, serta mohonlah pertolongan (didalam ketaatan kepada Allah) dengan amal-amal kalian pada waktu kalian bersemangat dan giat”. (HR. Bukhari no. 39. Lihat penjelasan hadits ini di Fathul Bari)
.
7. Lebih baik daripada dunia dan beserta isinya
Allah berfirman,
"Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan). (Surah Thaha : 130)
Allah kembali berfirman,
“Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah kamu sambil memuji Tuhamu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya” (Surah Qaf : 39)
.
8. Mendapat perlindungan dari Allah
Sekiranya waktu pagi ini kita mampu menjaganya dengan baik, sudah pasti Allah juga akan memberi perlindungan kepada kita. Allah sentiasa menguji hambanya, tetapi Allah jugalah tempat meminta kebaikan dan perlindungan.
.
Kesimpulannya
Bangunlah dan bangkitlah, moga hari ini lebih baik dan ada sinarnya dari kelmarin dan semalam.