Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

Gambar program latihan dan motivasi ITC di Kelantan (Februari 2019)

START LEADERSHIP | Alhamdulillah 2 hari bersama kepimpinan pelajar dari SMK Ismail Petra Kota Bharu Kelantan. Kem Kepimpinan Kokurikulum ini merupakan anjuran Unit Kokurikulum SMKIP dengan kerjasama Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) yang mana di adakan di Kem Kijang PCB KB. Terima kasih kami dari ITC ucapkan buat pihak sekolah dan buat peserta yang hebat.
Moga modul 5P (Prolog, Proses, Pengaruh, Pengurusan dan Pasukan) yang kami terjemahkan di dalam program ini mampu memberi impak yang baik buat organisasi pelajar bahkan dapat membantu pihak sekolah dalam menjayakan misi dan visi sekolah. InsyaAllah.

FUN AT WORK | Doktor, pakar perubatan, pegawai pengurusan, physiotherapists, ketua unit dan kakitangan sokongan dari Jabatan Perubatan Rehabilitasi HRPZ Kota Bharu berkumpul untuk mendengar ceramah.
Ini bukan orang biashe-biashe.. mereka ada kepakaran dan mereka akan sentiasa memerhati setiap ucapan.
Alhamdulillah, lega mereka mendengar dan mereka suka. InsyaAllah jemputan kedua pula.
Ceramah ini tentang keseronokan bekerja dan kerja berpasukan. Terima kasih buat penganjur atas jemputan.

SEMINAR GEGAR OTAK 6.0 | Alhamdulillah kerjasama ITC dan MM Academy dalam menjayakan #SEMINARGEGAROTAK siri ke-6. Edisi Bachok yang mana di adakan di Dewan Auditorium Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.
Terbaik buat semua peserta dan terbaik juga buat semua krew yang sentiasa menjadi sayap SGO yang diketuai Azril Aizat. Apapun perlu diberi kredit kepada orang kuat SGO selaku founder iaitu Nik Tarmizi yang semakin gah namanya di Kelantan. Tak lupa juga buat rakan penceramah SGO, Syafiq Fadeli a.k.a Batman dan kumpulan nasyid Madani sebagai artis jemputanSGO. InsyaAllah #SGO 7.0 Edisi Tanah Merah pula akan 'coming soon'. Boleh daftar segera untuk menjadi peserta di SGO 7.0.
InsyaAllah, di SGO kami akan berkongsi tentang teknik GROW dan akan ada aksi 'Hipnosis Show'.

FUN AT WORK | Bila nak mula 'Talk' muka mereka seperti ðŸ˜’😒😒, tetapi bila habis talk muka mereka seperti ðŸ˜„😀😂😃. Mengapa kerana mereka terkesan dengan ilmu NLP & Hipnosis (komunikasi) serta konsep Bruce Tuckmen (organisasi). 
Apabila mendapat jemputan dari firma guaman dan mejoriti adalah peguam bukanlah satu tugas yang ringan kerana mereka lebih profesional dalam bicara dan talk. Akan tetapi, dengan pengalaman yang ada serta sedikit ilmu yang kerdil ini alhamdulillah boleh membantu untuk menarik minat mereka mendengar bahkan bersama-sama dalam berkongsi ilmu.
Terima kasih diucapkan buat Firma Guaman Fazlan Alauddin (FAI) atas jemputan. Kami hanya berkongsi tentang 2 perkara iaitu Komunikasi dan Organisasi boleh memberi keseronokan dalam bekerja.

STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah separuh hari bersama kepimpinan pengawas kokurikulum dan pengawas ICT dari SMK Dato Ahmad Maher, Kota Bharu Kelantan. Terima kasih buat pihak penganjur dan juga adik-adik pengawas yang superb.

STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah bersama kepimpinan sekolah dari SK Zainab 1, Kota Bharu. Terima kasih buat penganjur dan peserta yang comel serta hebat.

STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah bersama kepimpinan sekolah Rendah dari SK Permatang Tok Dik, Padang Serai Kedah di dalam program Kem Kepimpinan Pelajar yang di adakan di IPG Kampus Tuanku Bainun. Terima kasih saya ucapkan buat pihak penganjur.

QURANIC GROUP | Alhamdulillah kami menyampaikan ceramah bertajuk Bestnya Usrah di SMA Tengku Amalin Aisyah Puteri sempena pelancaran usrah asrama.
Didoakan membantu membuka minda pelajar terhadap bagusnya sistem usrah ini di dalam membina sahsiah dan biah solehah di sekolah.

START IBADAH | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 3 Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu di dalam Kem Sentuhan Rohani selama 2 hari 1 malam.
Kami benar-benar menikmati pelbagai cabaran saat mengendalikan program ini bersama mereka. Pengalaman yang sangat best walaupun penat. 

START STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 1 dan 2 dari SMK Ayer Lanas, Jeli Kelantan dalam perkongsian berkaitan teknik belajar.

STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar tingkatan 2 dari SMK(A) Tengku Amalin A'ishah Puteri Kota Bharu di dalam program Kem kokurikulum Bersepadu Dini (KBD) mumtaz. Program ini di adakan di Permai Resort Bachok.

START LEADERSHIP | Alhamdulillah bersama pengawas sekolah SMK Belimbing Tanah Merah Kelantan di dalam kursus kepimpinan pengawas 2019. Program ini di adakan di Cancun Park (PLKN) Pasir Mas.
Terima kasih diucapkan buat penganjur dan terima kasih buat peserta semua. Moga peserta dapat menggunakan dan mengamalkan Prolog, Proses, Pengaruh dan Pasukan di sekolah nanti.

STAR.T LEADERSHIP | Alhamdulillah bersama kepimpinan sekolah dari SMK Pintu Geng, Kota Bharu Kelantan. Terima kasih buat penganjur dan terima kasih buat adik-adik kepimpinan sekolah yang awesome hebat. Moga mereka dapat mengaplikasikan 3 struktur menjadi kepimpinan, iaitu bermula dengan Prolog, Proses dan Program.

STAR.T STUDY | Alhamdulillah bersama pelajar terpilih dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas Kelantan. Walaupun mereka kepenatan dan keletihan dalam menimba ilmu dari jam 8 pagi hingga 5 petang, tetapi mereka cuba datang juga ke program sebegini. Walaupun pada awalnya mereka terasa berat untuk menerimanya tetapi penghujung mereka seperti berenergi serta mengukirkan senyuman.
Terima kasih buat penganjur dan juga peserta yang hadir. Ingat pesanan saya, Look & Thought, Context & Content dan Motive & Action hasilnya GROW.

Alhamdulillah kali kedua kerjasama ITC dan MM Academy dalam menjayakan Seminar Gegar Otak di Kelantan. Terbaik buat semua peserta. Terhebat juga buat semua krew.. Apapun tahniah buat Nik Tarmizi atas kejayaan program ini dari 1.0 hinggalah 5.0 yang semakin gah. Bukan mudah untuk menjayakan dan menarik ramai peserta dari kalangan sekolah menengah terutamanya di negeri Kelantan. InsyaAllah 6.0 akan diadakan nanti dan insyaAllah juga SGO akan ke negeri lain pula.

Bagi tuan/cikpuan yang ingin menjayakan program bersama kami, hubungi/whatsapp kami di talian 0134058718.