Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

5 Langkah Ini Akan Mengawal Anak Anda Dari Ketagihan Gadget



Kanak-kanak kini dilihat sudah menular dengan ketagihan gajet seperti smartphone, ipad, tablet dan play station sehinggalah menjadi cabaran buat ibu bapa membentuk tabiat kanak-kanak kini.

Paling kita bimbang adalah;
Pertama - Lalai hingga abaikan solat dan belajar
Kedua - Hilang tanggungjawab sosial seperti tidak menghiraukan sesiapa sahaja dan hanya fokus kepada permainan gajet.

Apa yang perlu di buat?

Langkah 1 : Jadikan permainan gadjet sebagai pengukuhan minda sahaja bukan tabiat atau amalan harian mereka. Cari helah yang bijak bagi mengurangkan anak-anak meminta-minta permainan gajet. Elak dari menipu semasa mencari helah.

Langkah 2 :Tukarkan permainan gajet dengan membeli permainan yang merangsang minda kreatif yang boleh dilihat, disentuh, dihidu dan didengar seperti puzzle, blok, alat melukis, congkak dan lain-lain.

Langkah 3 : Ajari anak-anak membiasakan diri dengan berinteraksi dan bersosial serta menghargai alam semulajadi. Elakkan dari ibu bapa pula yang sibuk dengan gajet apabila mengajar anak mereka berinteraksi dan bersosial.

Langkah 4 : Perbanyakkan memberi kanak-kanak buku berbanding permainan gajet. Sekiranya mereka sudah jadikan gajet itu amalan harian, ibu bapa perlu mengawal permainan yang diambil. Pilih sahaja permainan yang boleh memberi mereka rangsangan minda berfikir bukan hanya semata-mata permainan yang melalaikannya.

Langkah 5 : Semua ini akan kembali kepada didikan ibu bapa, tunjukkan contoh yang baik buat anak-anak. Elakkan dari terlalu mudah untuk membeli dan memberi gajet dengan alasan menghilangkan kebosanan anak-anak. Banyak lagi perkara yang boleh memberi mereka kegembiraan bagi menghilangkan kebosanan dan merangsang minda.