Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

ITC di SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kelantan

ITC telah mendapat jemputan dari pelajar-pelajar yang menganggotai pimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SMKA Falahiah untuk menyampaikan motivasi bertajuk 'Konsep Amar Ma'ruf Nahi Munkar' bersempena program 'Taaruf Week' di sekolah tersebut. Ianya diadakan pada 22 Januari 2011 bertempat di masjid SMKA Falahiah. Slot kali ini dikendalikan oleh saudara Kamal, selaku motivator 3 ITC.

ITC sangat berpuas hati dengan sambutan yang sungguh mengejutkan dari pelajar-pelajar yang mendiami asrama SMKA Falahiah. Masjid sekolah tersebut telah dipenuhi bukan sahaja oleh peserta-peserta program iaitu pelajar tingkatan 1, bahkan ianya juga berjaya me'nangkap' perhatian pelajar-pelajar lain untuk turut sama menyertainya. Kelihatan mereka sangat sukakan pengisian seumpama ini, apatah lagi ketika video-video yang menarik ditayangkan.

ITC mendoakan semoga SMKA Falahiah akan subur dengan budaya 'amar ma'ruf nahi munkar' oleh warganya sekaligus dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi kelangsungan proses menimba ilmu. Semoga ianya akan menambahkan lagi keberkatan dari Allah SWT.

Terima kasih diucapkan kepada semua adik-adik pimpinan BADAR 2011 di atas jemputan ini.

Semoga bertemu lagi.

ITC memahami anda! :)