Klik Di Sini

Klik Di Sini

Klik Di Sini

ITC bersama Perunding Motivasi tersohor Kelantan

Pada 9 Januari 2011 iaitu hari Ahad, krew ITC telah berkunjung ke SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Kunjungan ini ialah bertujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Nik Muhamad Nik Lib, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan yang juga selaku perunding motivasi terkenal di Kelantan.

Pertemuan yang berlangsung selama kira-kira sejam ini cukup bermakna kepada ITC. Banyak ilmu dan maklumat yang telah diperolehi oleh ITC dari beliau yang sememangnya berpengalaman luas dalam mengendalikan latihan motivasi dan kesedaran. Pakar motivasi tersohor di Kelantan ini sudah pun berkecimpung di dalam dunia ini selama lebih kurang 20 tahun. Tidak hairanlah pelbagai perkongsian yang telah diberikan cukup berharga untuk ITC melangkah dengan lebih segar dan mantap untuk masa hadapan.

ITC sungguh berbesar hati apabila beliau telah menyatakan kesudiannya untuk menjadi mentor kami. Semoga dengan bimbingan beliau akan memberikan nilai tambah kepada ITC di dalam proses memajukan masyarakat ini.

InsyaAllah ITC akan sentiasa 'keep in touch' dengan beliau.

Terima kasih cikgu! :)